LTAT perlu struktur semula strategi pelaburan, tingkat upaya bayar dividen – LKAN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu menyemak dan menstruktur semula strategi pelaburan dengan tidak menumpukan ia dalam syarikat subsidiari bagi mengurangkan risiko pelaburan serta kebergantungan pendapatan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan Tahun 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, LTAT juga disyorkan supaya mempertingkatkan tatakelola pengurusan pelaburan dengan menambah baik polisi pelaburan supaya saham yang mengalami kerugian berpanjangan dapat ditangani.

Selain itu, sebagai tindakan penambahbaikan bagi meningkatkan prestasi pelaburan dan keupayaan pembayaran dividen, LTAT juga perlu memastikan asas pengisytiharan dividen berdasarkan keuntungan nyata supaya tidak menjejaskan keupayaan membayar kepada pencarum yang layak pada masa hadapan.

“Pihak audit mendapati penjejasan nilai pelaburan yang tidak dibuat dan pembayaran dividen kepada pencarum berasaskan keuntungan bukan tunai boleh menyebabkan LTAT menghadapi risiko kecairan tunai pada masa hadapan,” menurut laporan itu.

LTAT, yang berfungsi untuk menyediakan faedah persaraan dan faedah lain bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain pangkat, merekodkan pendapatan berjumlah RM0.653 bilion pada 2022 iaitu peningkatan sebanyak RM0.139 bilion atau 27 peratus berbanding RM0.514 bilion pada tahun sebelumnya.

“Untung bersih LTAT turut meningkat berjumlah RM0.050 bilion (13.1 peratus) kepada RM0.433 bilion pada 2022 berbanding 2021 iaitu RM0.383 bilion. LTAT telah membuat pembayaran dividen 2022 kepada pencarum sejumlah RM0.476 bilion (lima peratus) dengan menggunakan untung bersih dan keuntungan terkumpul,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga turut memaklumkan bahawa rizab LTAT bagaimanapun merekodkan baki negatif bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2020.

Pada 2020, rizab LTAT adalah sebanyak RM0.376 bilion, RM0.285 bilion pada 2021 dan RM0.338 bilion pada 2022.

“Sehingga 31 Disember 2022, masih terdapat 41 portfolio saham lama belum diambil tindakan dengan kerugian tidak nyata berjumlah RM0.662 bilion yang menyumbang kepada rizab berbaki negatif,” menurut laporan itu. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat