CMFS mampu tingkatkan pendapatan pesawah – Arthur

- Advertisement -

KENINGAU — Sistem Pengurusan Perladangan Berpusat (CMFS) dapat membantu memantau sektor penanaman padi selain meningkat lagi pendapatan para pesawah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Keningau merupakan lokasi pertama di Sabah yang akan menggunakan sistem CMFS.

Menurutnya, melalui sistem itu mampu meningkatkan purata pengeluaran hasil padi purata pengeluaran padi di kawasan Magatang dari 2.5mt/ha kepada 4-5mt/ha.

“Ini merupakan program rintis pertama hasil kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah dengan syarikat swasta Agriculture Chemicals Sdn Bhd dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Keningau.

“Melalui kerjasama ini, para petani akan diterapkan dengan amalan pertanian tepat di samping mendedahkan mereka dengan teknologi, pengurusan secara agronomi serta pengunaan input yang betul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya inovasi CMFS adalah selari dengan hasrat Kementerian yang mahu membudayakan konsep Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR).

Beliau berharap agar lebih banyak lagi inovasi akan diwujudkan bagi memastikan peningkatan produktiviti dan kelestarian sektor agromakanan negara bergerak seiring dengan keperluan semasa.

Arthur yang juga Ahli Parlimen P.182 Pensiangan turut berkesempatan menyampaikan Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BKST2024) kepada pesawah yang aktif menanam padi.

Bagi BKST fasa 2, PPK Keningau telah menerima RM630,000.00 melibatkan 1,050 penerima iaitu RM600.00 untuk seorang pesawah.

Untuk rekod, seramai 2701 petani telah berdaftar dengan Pertubuhan Peladang Kawasan Keningau dan dianggarkan lebih kurang 200 orang petani lagi yang belum berdaftar.

Hadir sama Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Keningau, Alexius Paulus, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Hadriyani Ahmad dan 150 pesawah Magatang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat