Banjir Johor Tak Jejaskan Kemasukan Pelaburan Asing – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bencana banjir melanda beberapa negeri tidak menjejaskan kemasukan pelaburan asing ke negara ini berikutan lokasi terkesan tidak membabitkan kawasan perindustrian antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun sesi libat urus bersama penggiat industri tetap dipergiat bagi melihat kaedah terbaik dalam membantu atau mengurangkan impak dihadapi industri apabila berlakunya bencana alam.

“Kita dapat lihat kawasan perindustrian atau kawasan terjejas itu tidak banyak yang membabitkan industri sehingga terjejasnya pelaburan.

“Namun dalam jangka masa panjang dan sederhana, kita bersama pihak industri banyak membuat sesi libat urus untuk melihat bagaimana kita hendak membantu dan tidak ambil ringan perkara ini,” katanya selepas melancarkan Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Pelabuhan Johor di Pasir Gudang pada Isnin.

Lapor BH hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han dan Pengerusi Johor Port Berhad, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Setakat jam 8 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di tiga negeri iaitu Johor, Pahang dan Melaka, sedikit berkurangan dengan 53,040 masih ditempatkan di 295 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul mengakui jika situasi di luar negara, ada industri terkesan dengan bencana alam.

Justeru, katanya negara perlu juga cari kaedah untuk mengurangkan impak dan sentiasa bersama pihak industri, namun buat masa ini keadaannya semua baik.

Mengulas AKI 2024, beliau berkata 14 kategori akan dipertandingkan terdiri lapan kategori utama iaitu Sektor Pembuatan, Sektor Perkhidmatan dan Kategori Terbuka.

Katanya, kategori-kategori lain adalah seperti Syarikat Paling Berpotensi, Industry4WRD, Anugerah Kecemerlangan Produktiviti dan Anugerah Kecemerlangan ESG.

“Pemenang kategori utama ini akan bersaing untuk Anugerah Perdana Menteri iaitu pengiktirafan tertinggi diberikan kerajaan kepada industri yang mana penyandang anugerah tertinggi ini ialah Johor Port Berhad,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat