Perkhemahan Lima Sahabat Bertukar Tragedi Apabila 2 Lemas Di Sungai Dungun

DUNGUN: Dua sahabat meninggal dunia setelah lemas ketika mandi di Sungai Dungun berhampiran Kampung Minda Talong, di sini, pada Jumaat.

Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Mereka dilapor datang ke kawasan sungai tersebut bersama tiga lagi rakan untuk berkhemah sempena cuti umum pada Khamis

Menurut rakan mangsa Aris Adam, ketika kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, kedua-kedua mangsa bersama seorang lagi rakan sedang mandi di tengah sungai, manakala dia hanya mandi di tempat yang cetek kerana tidak pandai berenang.

Menurutnya, tidak lama kemudian dia melihat kedua-dua rakannya itu dihanyutkan arus ke sebuah lubuk berhampiran menyebabkan mereka tidak sempat menyelamatkan diri sebelum ditarik oleh arus ke dasar sungai.

“Dia berenang di sana nak ke sini, dalam air lah. Bila sampai sana, air paras lutut, tapi dia punya arus laju.

“Macam saya dan seorang lagi kawan memang tak pandai berenang, jadi kami keluarlah, jalan tepi sungai saja.

“Semasa mereka ambil video guna GoPro di border tu, masa itulah mereka lost control,” kata Aris.

Mayat Mohd Subree ditemui terapung pada jarak 10 meter dari lokasi kejadian pada jam 9.45 pagi, manakala mayat Ariff Razali ditemui di dasar sungai pada jam 1.27 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan kekuatan seramai 33 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Mukhtafi Bilah Shah serta pihak polis dan turut dibantu oleh penduduk kampung.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat dan urusan pengebumian.

Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.30 petang.

– Astro Awani

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

Berita Berkaitan

438,220 Individu Telah Terima Kedua-Dua Dos Vaksin – Dr Adham

KUALA LUMPUR - Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri...

KPDNHEP Keluar Notis Susulan Kenaikan Harga Ayam

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa di beberapa negeri kini mula mengambil tindakan tegas susulan kenaikan mendadak harga ayam di pasaran, yang mula dikesan sejak...

Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

PETALING JAYA - Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya...