PKPD Kuarters Sri Jelutung Bermula Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan, Pahang mulai esok (6 Mac) sehingga 19 Mac ini bagi membendung penularan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD tersebut bagi memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penghuni kuarters terbabit serta mengesan beberapa lagi kontak rapat.

“Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 30 kes positif telah direkodkan dan seramai 150 kontak rapat telah dikenal pasti yang melibatkan penghuni kuarters ini,” katanya dalam kenyataan berkenaan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang seperti yang dijadualkan esok.

Memperincikan mengenai tangkapan ingkar PKP semalam, Ismail Sabri berkata 246 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar peraturan PKP, daripada jumlah itu, 234 dikompaun manakala 12 lagi individu direman.

Melalui Op Benteng pula, seramai sembilan imigran dicekup dan dua kenderaan darat dirampas. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat