Pemuda MCA Gesa Undi18 Dikuatkuasakan Segera

- Advertisement -

CYBERJAYA: Pemuda MCA menggesa kerajaan agar dapat menguatkuasakan undi18 dengan segera.

Jelasnya, perkara tersebut telah diputuskan Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 untuk menguatkuasakan dasar umur layak mengundi 18 tahun (UNDI18).

Dalam pada itu, Nicole juga telah menegas bahawa faktor yang betul-betul membantu MCA mengharungi semua cabaran dan meneruskan perjuangannya adalah kerana MCA memiliki prinsip yang jelas, iaitu matlamat untuk membina Malaysia untuk semua berteraskan nilai-nilai inklusif, kepelbagaian dan keharmonian.

“Selagi adanya Pemuda MCA, kami mampu bekerjasama untuk mempromosikan pelan pembangunan negara, agar golongan belia dapat memahami perjuangan MCA dan masa depan mereka.

“Demi memberi fokus kepada kehidupan golongan belia, kerajaan haruslah merangka pelan yang baik, seperti mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan beban kehidupan, meningkatkan kebajikan sosial …… dan penting sekali, apa yang dimahukan golongan belia adalah suara mereka didengari,” ucapnya lagi.

Nicole Wong berucap merasmikan Perhimpunan Pemuda MCA ke-56 yang diadakan secara atas talian.

Ujarnya lagi, Pemuda MCA berjanji akan sentiasa mengingati tujuan dan matlamat perlembagaan parti, dan meneruskan perjuangan parti kami demi negara. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat