91 Pati lolos tahanan berjaya ditangkap semula, 38 lagi masih diburu

- Advertisement -

TAPAH – Polis sudah menahan 91 daripada 131 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Khamis lalu, setakat 7 malam ini.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan terbaru membabitkan lapan Pati di kawasan hutan Jalan Kachu Tapah, hub getah Bidor dan Kampung Senta, Bidor.

“Bermula hari pertama operasi, polis menahan 66 tahanan manakala Jabatan Imigresen (JIM) pula memberkas 25 tahanan.

“Baki 38 tahanan masih lagi diburu selepas 91 tahanan ditangkap, manakala dua tahanan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya,” katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Mohd Yusri menasihatkan orang ramai terus memberi kerjasama kepada polis untuk mengesan baki tahanan Pati Rohingya yang masih bebas.

Beliau berkata, orang ramai juga diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menyukarkan lagi situasi semasa.

Dalam kejadian malam Khamis lalu, seramai 131 tahanan dilaporkan bolos dari blok lelaki depoh berkenaan, termasuk seorang yang kemudian maut akibat kemalangan jalan raya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat