Seramai 240,000 Pesawah Terima Bantuan Khas BERNAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR-Kira-kira 240,000 pesawah di negara ini menerima manfaat sumbangan khas bantuan daripada Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) bernilai RM60 juta.

Ia diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan dan tentunya sumbangan ini memberi kelegaan kepada pesawah-pesawah.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bantuan sebanyak RM10 juta bagi tahun 2022 akan diberikan terlebih dahulu kepada tiga buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang selewat-lewatnya pada 16 Januari ini yang melibatkan seramai 20,598 orang pesawah berjumlah RM250.

“Dan baki sebanyak RM50 juta lagi akan diberi kepada negeri lain pada awal tahun 2023.

“Kerajaan memahami kos sara hidup semakin meningkat hari ini, dan kerajaan prihatin untuk memberikan bantuan ini,” katanya.

Justeru, ujar beliau lagi dengan insentif khas kepada pesawah sumbangan BERNAS dapat meringankan dan mengurangkan beban rakyat selain manfaat sedia ada yang disediakan oleh kerajaan dalam bentuk subsidi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat