HONOR X9a 5G dan HONOR X7a kini terdapat di seluruh negara!

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 6 Januari 2023 – Selepas pelancaran besar-besaran HONOR X9a baru-baru ini, rakyat Malaysia sudah tidak sabar memilikinya. Dapatkan HONOR X9a 5G di Kedai HONOR, laman web hihonor.com, HONOR TikTok Shop, Shopee HONOR Official Store, Lazada HONOR Flagship Store dan pengedar sah HONOR.

Peminat yang membeli HONOR X9a semasa tempoh ini layak menerima hadiah bernilai sehingga RM418 termasuk fon putik telinga Pembatalan Hingar Aktif Ultra HONOR CHOICE Earbuds X3 dan juga perlindungan retak skrin selama 180 hari.

Sempena jualan bermula, HONOR Malaysia telah menyediakan 3 sebab kenapa anda harus beli HONOR X9a!

#1 Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh dengan Pengalaman Premium

Demi menepis kebimbangan terhadap kerosakan skrin lengkung, HONOR X9a 5G didatangi dengan kaca Super Reinforced setebal 0.65mm atau digelar sebagai skrin melengkung OLED Ultra Kukuh. Kaca tersebut direka khas untuk HONOR X9a 5G, ia lebih kukuh dan tahan jatuh berbanding kaca 0.55mm yang biasa digunakan dalam pasaran. Selain itu, skrin Melengkung dengan lengkung 45° dan algoritma Al Anti-Mistouch, pasti boleh menyelesaikan masalah pengguna daripada isu mistouch.

HONOR X9a 5G juga memberi tontonan menyeronokkan tanpa memberi kesan keletihan terhadap mata pengguna kerana skrinnya dilengkapi pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland, dan teknologi PMW Dimming 1920Hz berfrekuensi tinggi yang mengurangkan kerdipan. Pengguna tidak perlu bimbang menonton video untuk tempoh masa panjang mahupun gaming dalam skrin besar berdefinisi tinggi.

#2 Bateri Tahan Lama Dalam Badan Nipis Luar Biasa

HONOR X9a juga menerima DXOMARK Gold Label, sekaligus memberi pengalaman terbaik dalam kelas di kedudukan global bateri DXOMARK. HONOR X9a terbaik untuk pengguna yang aktif menggunakan peranti mereka sepanjang hari, kini mereka tidak perlu bimbang bateri cepat habis.  Meskipun HONOR X9a 5G mempunyai kenipisan 7.9mm dan berat 175 gram, peranti ini mampu menampilkan kapasiti bateri besar 5100mAh. Dengan sekali cas sahaja sudah mencukupi untuk 29 jam menstrim YouTube Music, 24 jam menstrim YouTube, 19 jam melayari TikTok, sehingga 21 jam melayari media sosial atau 11 jam gaming.

#3 Pengalaman Lancar dengan Penstoran Besar 13GB RAM dan 256GB ROM

HONOR RAM Turbo yang mengembangkang 8GB RAM dengan 5GB RAM maya bagi membolehkan lebih banyak aplikasi aktif untuk berbilang tugas dengan lebih cekap, serta mempertingkatkan pengalaman pengguna. HONOR X9a menyokong penstoran dalaman 256GB, cukup untuk menampung simpanan gambar dan video dalam jumlah piksel yang besar. Dengan kamera utama ultra jelas 64MP, pengguna kini boleh merakam video dan mengambil gambar untuk disimpan dalam kapasiti sebegitu besar!

HONOR meletakkan keutamaan tinggi dalam mencari kualiti terbaik secara berterusan untuk membawa jenamanya maju ke hadapan. Untuk itu, HONOR X9a 5G membawa legasi yang boleh dipercayai dalam barisan Siri X.

Selain HONOR X9a 5G, HONOR X7a yang lebih mesra poket ditawarkan pada harga RM799 dan jualannya bermula hari ini. Dapatkan HONOR X7a sekarang bersama hadiah percuma bernilai sehingga RM168 termasuk Mug vakum berseta lanjutan jaminan setahun.

Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian HONOR di https://bit.ly/HONORX9aPR .

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat