Pihak Pendakwaan Gagal Sediakan Saksi, Mahkamah Tangguh Bicara 1MDB & Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berhubung penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion terpaksa ditangguhkan hari ini kerana tiada saksi pendakwaan.

Berikutan itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah menetapkan 26 Januari depan untuk menyambung kes yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah sedaya upaya menghubungi beberapa saksi sejak pagi tadi bagi memberikan keterangan memandangkan saksi ke-12, bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir terpaksa ambil cuti sakit.

Bagaimanapun pihak pendawaan gagal kerana masa yang diberikan agak pendek dan rata-rata saksi pendakwaan lain mempunyai urusan lain yang tidak boleh sewenang-sewenangnya dibatalkan.

“Saksi Azmi Tahir akan hadir bagi meneruskan sesi soal balas pada 26 Januari nanti dan pada masa sama pendakwaan telah meminta tiga lagi saksi untuk standby seandainya sebarang situasi seperti hari ini,” katanya.

Tiga saksi itu ialah pegawai khas Najib, Datuk Wan Ahmad Shihab Wan Ismail; bekas Pengarah Bukan Eksekutif 1MDB, Tan Sri Ismee Ismail dan bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd. Bakke Salleh.

Collin kemudian mengucapkan terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana cuba sedaya upaya menyediakan saksi pada saat-saat akhir.

“Saya minta supaya pendakwaan tampil dengan saksi lain kerana tidak mahu tarikh bicara jadi sia-sia kerana tangguh prosiding,” ujarnya.

Pada pagi tadi, pasukan pendakwaan cuba meminta penangguhan kerana Azmi tidak sihat dan lima lagi saksi yang dipanggil tidak dapat hadir ke mahkamah pada saat-saat akhir.

Mereka yang dipanggil adalah Datuk Johan Idris (KPMG Malaysia); Ismee; Wan Ahmad Shihab; bekas Setiausaha 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lim Poh Seng dan saksi, Goh Gaik Kim.

“Kami telah hubungi lima saksi lain, Datuk Johan kini berada di London. (Datuk) Wan Ahmad Shihab tidak sihat, dia cirit-birit sejak tiga hari lalu manakala Tan Sri Ismee kini sedang dikuarantin selepas pulang dari umrah.

“Kami juga telah menelefon bekas setiausaha syarikat 1MDB, Lim Poh Seng tetapi beliau ada temujanji bagi mendapatkan dos vaksin penggalak hari ini.

“Seorang lagi bekas setiausaha syarikat, Goh Gaik Kim memaklumkan beliau ada dua mesyuarat penting dan tidak boleh membatalkannya,” katanya.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berdepan 25 tuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan serta penyelewengan dana berjumlah hampir RM2.3 bilion di Mahkamah Tinggi. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat