Teknologi tumpuan 2021

Imam Masjid Shah Alam, Selangor Disahkan Positif COVID-19

SHAH ALAM: Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS) Shah Alam yang juga qari terkenal, Abdul Karim Omar disahkan positif COVID-19 dan kini...

Don’t worry, I’m okay – Nazri Aziz

CYBERJAYA: “Don’t worry, I’m okay,” kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang disahkan positif COVID-19. Bercakap kepada Astro Awani,Nazri berkata...

Malaysia Hargai Sumbangan EU Bantu Mangsa Banjir – Hishammuddin

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussien mengucapkan terima kasih dan menghargai budi baik Kesatuan Eropah (EU) kerana menyumbang RM300,000 demi untuk membantu...

Nazri Aziz positif Covid-19

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menjadi ahli politik terbaru yang disahkan positif Covid-19. Malaysiakini melaporkan, Nazri berkata dia membuat...

Annuar Musa gesa Ahmad Maslan rujuk pakar perlembagaan

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan merujuk pakar berkaitan terlebih dulu sebelum meminta ahli...

TAHUN 2021 pastinya menjadi tumpuan kepada beberapa teknologi khususnya jaringan telekomunikasi Generasi Kelima atau ‘5G’ memandangkan pembangunan infrastrukturnya pasti lebih rancak sepanjang tahun ini.

Selain daripada jaringan 5G, tahun ini juga akan menyaksikan tahap kematangan teknologi kecerdasan buatan (AI) sekali gus ia diramal mampu untuk memudahkan tugasan harian manusia.

Susulan pandemik Covid-19 ini juga memberi kesan positif kepada adaptasi teknologi untuk pembelajaran serta persekitaran pejabat maya dan keadaan itu juga akan diramal berterusan untuk 2021 ini.

Minggu ini, #ITMetro akan menyenaraikan empat teknologi tumpuan baharu sepanjang 2021 berdasarkan ramalan beberapa firma teknologi terkemuka.

 

PEMBANGUNAN infrastruktur 5G, komputasi awanan antara diramal jadi tumpuan tahun ini.
PEMBANGUNAN infrastruktur 5G, komputasi awanan antara diramal jadi tumpuan tahun ini.

 

Pembangunan infrastruktur 5G

Tahun lalu, Korea Selatan sudah membuktikan infrastruktur 5G secara komersial mereka dilancarkan dalam spektrum penuh dan beberapa negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Singapura juga akan mempercepatkan pembangunan ini.

Sistem jaringan telekomunikasi termaju ini bukan saja memberi manfaat kepada pengguna bahkan memberi peluang besar kepada industri untuk meneroka segmen baharu yang selama ini tidak dapat dilaksanakan kerana kelengahan jaringan.

Berdasarkan pelan pembangunan 5G di negara ini, kerajaan mengumumkan tempoh masa untuk jaringan itu digunakan adalah 2022 iaitu sekitar 12 bulan lagi dan pastinya tahun ini akan berlaku beberapa fasa ujian.

Ia mungkin membabitkan ‘kepulauan 5G’ untuk fasa ujian sebelum dilaksanakan secara komersial untuk tempoh akan datang.

Jaringan 5G ini juga adalah antara yang paling dinantikan bukan saja untuk rakyat negara ini malah semua lapisan penduduk dunia.

 

KONSEP komputasi awanan juga akan terus digunapakai oleh organisasi skala besar untuk memudahkan pekerja melaksanakan tugasan tanpa mengira masa dan tempat.
KONSEP komputasi awanan juga akan terus digunapakai oleh organisasi skala besar untuk memudahkan pekerja melaksanakan tugasan tanpa mengira masa dan tempat.

 

Komputasi awanan

Umum sudah mengetahui bahawa pandemik Covid-19 setidaknya memberi kesan positif terhadap kerancakan adaptasi teknologi maya pada masa kini.

Pembelajaran sudah dilaksanakan secara atas talian, walaupun ia tidak menyeluruh namun konsep kepada digitalisasi pembelajaran sedang giat berkembang di semua peringkat.

Institusi pengajian tinggi antara segmen yang paling awal melaksanakan bentuk pembelajaran baharu berkenaan dan kini ia sudah diguna pakai sehingga kepada sekolah rendah.

Walaupun wujud persoalan berhubung praktikalnya pembelajaran maya itu, namun pembaharuan serta penambahbaikan akan terus berlangsung.

Begitu juga dengan konsep pejabat maya, idea komputasi awanan atau ‘Cloud Computing’ akan lebih realistik untuk tahun akan datang.

Walaupun setakat ini, konsep berkenaan hanya mungkin digunakan untuk organisasi berskala besar, tetapi ia adalah hala tuju industri pada masa depan.

Pada waktu ini juga sudah banyak syarikat atau organisasi yang menggunakan untuk memudahkan pekerjanya dengan aplikasi atau sistem berasaskan web yang dihubungkan kepada pelayan utama syarikat.

Ia bertujuan untuk memudahkan pekerja supaya dapat melaksanakan tanggungjawab mereka tidak mengira masa, tempat atau lokasi.

 

APPLE juga dijangka akan mengembangkan pengeluaran silikon mereka selepas kejayaan pelancaran cip pertama iaitu Apple M1.
APPLE juga dijangka akan mengembangkan pengeluaran silikon mereka selepas kejayaan pelancaran cip pertama iaitu Apple M1.

 

Silikon kedua oleh Apple

Silikon pertama keluaran gergasi teknologi, Apple iaitu cip pemproses Apple M1 sudahpun memukau pengguna serta pemain industri yang menawarkan kuasa pemproses binaan 5nm.

Pemproses berkenaan bukan saja meningkatkan tahap kecekapan guna bateri malah mampu memproses maklumat lebih laju daripada pemproses konvensional yang lain.

Cip pemproses berkenaan juga adalah yang pertama menggunaan binaan 5nm dan ia satu kejayaan paling ikonik untuk Apple.

Tahun ini, tumpuan akan lebih terarah kepada Apple untuk penghasilan cip silikon kedua mereka dan mungkin ia akan dikenali sebagai Apple M2 mengikut kod produk terdahulu.

Kematangan kecerdasan buatan (AI)

Inovasi teknologi hari ini sudahpun membolehkan urusan manusia sedikit sebanyak dibantu oleh AI, namun ia masih diragui tahap kecekapannya.

Pemain industri meramalkan bahawa 2021 akan menjadi tahun ‘kematangan’ buat teknologi AI apabila fungsi berkenaan pastinya ditambah baik untuk memenuhi keperluan pengguna.

Walaupun masih ada yang sangsi dengan keupayaan teknologi berkenaan, namun suatu hari nanti AI pastinya akan mencapai tahap kematangan yang diperlukan untuk pengoperasian di dalam industri.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Shima bebas COVID-19

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Highland Tower dan Jangan Pandang Belakang Boleh, Shima Anuar akhirnya bebas jangkitan pandemik COVID-19 selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah. Shima...

‘Buka tudung, no way!’ – Mia Sara

KUALA LUMPUR: Pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 16, mendedahkan masih ada syarikat produksi memintanya membuka tudung, sedangkan dirinya sudah berhijab sejak lima tahun lalu. Atas...

‘Rumah’ mata air panas

JEPUN antara destinasi yang menjadi pilihan kebanyakan rakyat Malaysia jika melancong. Tanyalah sesiapa saja yang pernah menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu pasti ingin...