Perlukah UMNO Berpisah Dari PN? 44 Peratus Nyatakan Tidak Bersetuju – Kajian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR : Satu kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center mendapati masih ramai pengundi di Malaysia menyatakan pendirian tidak setuju sekiranya UMNO keluar dari Perikatan Nasional (PN).

Kajian berkenaan dijalankan menyentuh mengenai pandangan mereka terhadap ekonomi, kepimpinan dan isu semasa.

Ia mendapati sebanyak 31 peratus bersetuju dengan keputusan UMNO untuk keluar dari PN, sementara 44 peratus tidak bersetuju, dan 25 peratus lagi menyatakan ‘tidak tahu’ atau enggan memberi sebarang komen.

“Berdasarkan sifat polarisasi dalam politik khasnya dalam kalangan pengundi, 31 peratus setuju dengan keputusan UMNO untuk berpisah daripada Perikatan Nasional, manakala 44 peratus tidak bersetuju,” ujar kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu lagi, kajian ini dikendalikan berdasarkan demografi etnik, akses kepada internet, umur dan jantina, pekerjaan, pendapatan bulanan serta kecenderungan politik.

“Jumlah responden yang menyatakan mereka tidak setuju UMNO berpisah dari PN kebanyakan terdiri daripada pengundi Melayu dengan 62 peratus tidak bersetuju.

“Manakala, hanya 21 pengundi Melayu yang bersetuju,” tambah kenyataan tersebut.

Dalam kajian yang sama, data undian juga menunjukkan 41 responden keseluruhannya tidak bersetuju sekiranya UMNO bergerak sendirian dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

“51 peratus pengundi Melayu tidak bersetuju sekiranya parti itu (UMNO) menghadapi PRU secara sendirian,” jelas kenyataan itu secara terperinci.

Untuk makluman, kajian itu dijalankan untuk melihat sama ada pengundi bersetuju sekiranya UMNO berpisah dari gabungan Perikatan Nasional dan sekiranya UMNO perlu bergerak secara sendirian.

Pada minggu lalu, sebahagian besar ahli UMNO berpendirian untuk keluar daripada gabungan Perikatan Nasional susulan tindakan beberapa bahagian telah mengemukakan ketetapan mereka sewaktu perjumpaan Ahli Majlis Tertinggi UMNO minggu lalu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat