‘Matanglah sikit kalau nak komen’ – Natasha Hudson

Pemecatan Lampard ‘Kekejaman Bola Sepak Moden’ – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho berkata pemecatan Frank Lampard adalah sebahagian daripada 'kekejaman bola sepak moden'. Chelsea memecat Lampard, semalam selepas 18 bulan mengendalikan The Blues dan...

COVID-19: Singapura Catat Tiga Kes Positif Bagi Strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)...

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

Kuala Lumpur: “Kalau diamati, bahagian bahu itu sebenarnya bertutup dengan kain, cuma warnanya seperti warna kulit,” kata pelakon, Natasha Hudson, 38, mengenai pakaiannya yang kelihatan seperti menampakkan bahagian bahu dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson ketika ditemui di majlis pelancaran produk Crystal C White berkata, baju rekaan Rizman Ruzaini itu disediakan pihak pengasas produk.

Selain Natasha, turut dilantik sebagai wajah dan ikon produk itu ialah pelakon Keith Foo.

“Saya tak kisah pun sebab orang takkan berhenti bercakap. Pemilihan pakaian itu berdasarkan apa yang disediakan oleh penata gaya dan pihak pengasas produk. Apabila mereka sudah sediakan tema iaitu untuk tampil glamor, saya menghormati tema itu dan tak salahkan sesiapa,” katanya.

Natasha juga menegaskan bahawa apa yang digayakannya sesuai dengan kehendak majlis.

“Orang ramai kena matang sebelum memberikan komen. Ini adalah majlis pelancaran produk dan bukannya majlis pelancaran kedai mamak. Lagipun, saya pun bukan selalu memakai pakaian begini dan saya tak ada masalah dengannya,” katanya yang juga ibu tunggal.

Natasha sebelum ini pernah berkahwin sebanyak empat kali. Perkahwinan pertama bertahan selama empat bulan, diikuti perkahwinan kedua dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari juga tidak bertahan lama.

Dia kemudian berkahwin dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau Carleed Khaza yang juga bekas penyanyi kumpulan Phlowtron pada 15 April 2012.

Hasil daripada perkahwinan kedua dan ketiganya, Natasha dikurniakan tiga anak iaitu Nessa Helena, Naeema Khaleela dan Faatimah namun mereka bercerai pada 2018.

Pada Oktober 2019, pelakon filem filem Chermin ini mengejutkan ramai apabila mengesahkan perkahwinan kali keempatnya bersama ahli perniagaan, Noor Nashriq Sekanor. Namun, ia juga berakhir dengan perceraian.

Harian Metro

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia

Sebelum ini, iklan Watson pernah dilanda kontroversi apabila mengetengahkan watak ‘Dayang Senandung’ dalam iklannya. Terbaharu, video muzik oleh penyanyi Malaysia ini pula mencetuskan kontroversi...

Dari Rock Ke Nasyid, Netizen Terhibur Dengan Lagu PKP 2.0 Oleh AG Coco

Jika tahun lalu ada lagu remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang menjad hiburan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tahun 2021 secara tiba-tiba komposer serta...

Tiada sebarang pembikinan siri Harry Potter

Syarikat produksi terkenal Warner Bros menafikan berita mereka sedang menyiapkan siri Harry Potter untuk disiarkan menerusi penstriman HBO Max. Warner Bros dan HBO Max dalam...