Industri Minyak Sawit Diminta Lakukan Rundingan Berkaitan Peraturan Baharu EU

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Industri kelapa sawit digalakkan untuk tampil untuk melakukan rundingan awal berikutan inisiatif pengawalseliaan Kesatuan Eropah (EU) atau United Kingdom (UK) baharu mengenai kelestarian untuk mengurangkan kesan produk yang berada di pasaran EU.

Peguam FratiniVergano, Paolo R. Vergano berkata langkah itu penting kerana EU mahu meneruskan inisiatif perundangan mengenai kelestarian melibatkan hutan, makanan, pertanian, penggunaan tanah dan rantaian bekalan, yang mungkin mempengaruhi perdagangan dan minyak sawit.

“Rundingan itu harus merangkumi pemberian maklumat terperinci, hujah dan teknikal; dan kedudukan komersial dan perundangan, sama ada sebagai industri dan negara pengeksport,” katanya pada Pameran dan Seminar Perdagangan Minyak Sawit Malaysia 2021 (POTS Digital 2021).

Oleh itu, Verganp berkata langkah-langkah yang mahu dilaksanakan mestilah produk neutral, berdasarkan sains atau maklumat yang telus, dapat disahkan dan supaya tidak berlaku diskriminasi.

Menjelaskan mengenai inisiatif tersebut, peguam yang berpangkalan di EU itu berkata meminimumkan risiko penebangan hutan yang berkaitan dengan produk yang diletakkan di pasaran EU akan mendorong penggunaan produk daripada rantaian bekalan bebas yang tidak terkait dengan penebangan hutan.

“Sehubungan itu, jelas inisiatif pengawalseliaan ini kemungkinan akan mensasarkan minyak sawit, sama ada secara sengaja atau berikutan kaitan semula jadi antara minyak sawit dan hutan.”

Vergano juga berkata inisiatif itu meningkatkan kerangka tadbir urus korporat, termasuk syarat bagi industri makanan untuk mengintegrasikan kelestarian ke dalam strategi korporat, ia dijangka dapat dilakukan ekoran perjanjian ‘Green European’ dan strategi ‘Farm to Fork EU’.

Oleh itu, semua negara pengeluar harus mulai memiliki satu piawaian standard bersama yang diakui oleh semua negara tetapi pada masa yang sama tidak boleh mengabaikan standard negara mereka sendiri untuk minyak sawit.

“Ada banyak cara, sama ada perundangan dan pentadbiran yang dapat digunakan dalam mempraktikkan kelestarian tetapi harus dianalisis dan diambil berdasarkan kes individu,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat