Satu ketika dulu orang luar dikatakan takkan dengar lagu Inggeris Yuna

- Advertisement -

Kuala Lumpur : Yuna, 36, tidak akan melupakan kata sinis daripada wakil rakaman tempatan yang pernah menolak permintaannya menghasilkan lagu Inggeris pada awal kemunculannya dulu.

Penyanyi itu sekali lagi berkongsi insiden yang menjadi pendorong buatnya melebarkan sayap ke Amerika Syarikat (AS) untuk berkarya dan menjual muziknya seluruh dunia.

“Saya, pada usia 21 tahun berkata kepada seorang eksekutif syarikat rakaman, saya hanya akan menandatangani kontrak dengannya jika dia tolong membawa lagu Inggeris saya ke peringkat antarabangsa.

“Eksekutif dari KL (Kuala Lumpur) itu kata tiada siapa akan dengar muzik Inggeris saya. Kenapa mereka kena dengar lagu Inggeris yang dihasilkan artis dari Malaysia?” kongsi Yuna di Instagram Story.

Dalam hantaran itu, Yuna menggunakan foto jumlah penstriman sebanyak 70 juta diraihnya setakat ini menerusi platform muzik digital terkemuka dunia, Apple Music.

Tahun lalu, penyanyi yang pernah berduet dengan bintang R&B terkenal Usher pernah berkongsi kenangan terbabit selepas muziknya mendapat penstriman 50 juta dalam setahun di 177 negara di Spotify.

Kini bergerak sendiri, Yuna yang dinaungi syarikat rakaman di AS seperti Fader Label dan Verve Records sebelum ini turut menyatakan rasa syukur terhadap sokongan yang diterima tanpa henti.

Bulan lalu, dia melancarkan album kelimanya berjudul Y5.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat