Pembangunan Sabah & Sarawak Sentiasa Dapat Tumpuan Kerajaan Persekutuan – Ismail Sabri

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri hari ini sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan persekutuan dibawah pentadbiran beliau, sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Dalam ucapan perasmian projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak bagi jajaran Serian hari ini beliau berkata, perkara ini dibuktikan melalui peruntukkan perbelanjaan pembangunan infrastruktur bagi kedua-dua negeri tersebut sahaja, meliputi 20 peratus dari keseluruhan peruntukkan pembangunan negeri-negeri dalam Bajet 2022.

Jelas beliau lagi, langkah ini bagi memastikan negeri Sabah dan Sarawak bersama-sama membangun seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia. Ia sekali gus dapat merapatkan lagijurang pembangunan antara dua negeri ini dengan negeri- negeri lain di Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri menambah, projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak ini adalah hasil perancangan rapi dan bersifat holistik antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri melalui Highway National Development Planning (HNDP). Tidak keterlaluan juga untuk diperkatakan bahawa pelaksanaan projek ini merupakan bukti komitmen Kerajaan Persekutuan dalam membangunkan rangkaian jalan raya sedia ada, secara lebih terancang, sistematik dan efisien. Ia dilakukan bagi meningkatkan kesalinghubungan Keluarga Malaysia di Sarawak.

Projek ini kata beliau lagi, secara langsung dapat memastikan pembangunan sosio ekonomi, dilakukan dengan lebih baik dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat di negeri ini selari dengan hala tuju strategik Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Ismail turut mengingatkan rakyat terutama di Sarawak, bagaimana perancangan pembangunan ini terhenti selama 22 bulan selepas kepimpinan kerajaan persekutuan bertukar tangan pasca PRU14 yang lepas.

Dakwa beliau walaupun peruntukan telah diluluskan, tetapi apabila kerajaan bertukar tangan, ia telah dibatalkan oleh pentadbiran yang baru. Maka itulah tidak dapat teruskan projek-projek rakyat seperti Pan Borneo Highway dan lain-lain.

Justeru, adalah penting untuk kerajaan negeri sedia ada terus memimpin Sarawak bagi memudahkan perjalanan dan peningkatan ekonomi negeri. Beliau yakin projek ini mampu memesatkan pembangunan ekonomi negeri dan aksesabiliti juga akan menjadi lebih mudah.

Kerajaan pusat dan negeri jelas beliau, sudah membuat banyak perancangan bagi kemudahan rakyat Srawak. Kesemua perancangan ini mudah dilakukan sekarang kerana hubungan antara kerajaan pusat dan negeri yang rapat.

Oleh itu kata Perdana Menteri lagi, tidak boleh ada perbezaan pendapat dan persefahaman antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selepas ini, bagi memastikan pembangunan di Sarawak berjalan dengan lancar. Lapangan Terbang Mukah yang dirasmikan beliau semalam dan pembinaan Twin Bridge di Kapit adalah hasil kerjasama yang dimaksudkan beliau.

Perdana Menteri turut menyelitkan harapannya untuk melihat Sarawak dibawah kerajaan GPS akan terus menerajui Sarawak selepas pilihanraya negeri yang akan datang. Ini berikutan komitmen beliau dengan pimpinan dari Sarawak sedia ada seperti Ketua Menteri dan Menteri Kanan Kerjaraya tentang bagaimana untuk meneruskan projek-projek pembangunan penting untuk rakyat Sarawak seperti Fasa 2 Pan Borneo, Red Line dan Missing Link.

Diakhir ucapannya, Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Kementerian Kerja Raya dan Kerajaan Negeri Sarawak atas usaha untuk merancang dan melaksanakan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat