Ranhill Solar 1 bakal beroperasi di Perak selama 21 tahun

- Advertisement -

TANJUNG MALIM – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad,  telah merasmikan majlis pecah tanah Projek Solar Berskala Besar Berkapasiti 50MegaWatt Ranhill Solar I di ladang Bikam, Bidor, Perak, petang tadi.

Ladang solar yang dikenali sebagai Ranhill Solar 1 merupakan milik Ranhill Utilities Berhad (RUB). RUB adalah antara beberapa syarikat yang menerima kuota pembekalan tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga dalam pembangunan Loji Jana Kuasa Solar Berskala Besar (Large Scale Solar), bagi kitaran 4 (LSS4), di Semenanjung Malaysia.

RUB melalui Ranhill Solar 1 Sdn Bhd akan melakukan kerja-kerja reka bentuk,  pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan  penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW bagi tujuan membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun mulai tahun 2023.

Saarani dalam ucapan perasmian mengalu-alukan usaha kerajaan dan swasta untuk meluaskan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi menyediakan persekitaran yang lebih bersih dan selamat kepada rakyat.

Menurut Saarani, kerajaan negeri komited untuk merangka strategi pembangunan sosio ekonomi yang mapan, inklusif dan dinamik selain menggalakkan kerjasama dengan pihak swasta bagi inisiatif teknologi hijau.

“Tenaga yang boleh diperbaharui terutama tenaga solar adalah sumber tenaga alternatif yang cukup mampan di Malaysia dan boleh diguna secara meluas tanpa menjejaskan kualiti kehidupan masyarakat dan juga terhadap persekitaran.”

Menurut Saarani lagi, pembinaan ladang solar ini secara tidak langsung akan merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Perak sebagai antara negeri yang rendah karbon menjelang 2030 di Malaysia

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat