UPNM Jalin 9 Kerjasama Strategik Industri di FOI 2025

PUTRAJAYA, – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terus memperkukuh peranan sebagai peneraju inovasi pertahanan negara apabila memeterai sembilan (9) perjanjian kerjasama strategik bersama syarikat industri terkemuka sempena Festival of Ideas (FOI) 2025 yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini.

Majlis pertukaran memorandum perjanjian disempurnakan oleh Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Hj Ahmad, dan disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Kolaborasi tersebut merangkumi pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, tenaga boleh baharu, automotif, geospatial, bahan inovatif, agroteknologi, komunikasi maritim, kecerdasan buatan (AI) dan pembuatan termaju (advanced manufacturing) seiring dengan pelan strategik UPNM30 yang menumpukan kepada pengukuhan jaringan universiti-industri.

Antara syarikat terlibat ialah Cendana Auto Sdn. Bhd., Aerodyne Geospatial Sdn. Bhd., Turbo Pacific Sdn. Bhd., Commteq (M) Sdn. Bhd., dan Ketech Asia Sdn. Bhd., dengan projek meliputi inovasi seperti pembangunan sistem komunikasi maritim, aplikasi AI kesihatan mental, pembuatan 3D berteknologi tinggi serta bahan propelan hijau berasaskan biomas sawit.

Antara kerjasama utama yang menjadi tumpuan ialah dengan Synergy Generated Sdn. Bhd., bagi membangunkan sistem tenaga solar menyeluruh di kampus UPNM, termasuk latihan industri, penyelidikan bersama dan projek penjanaan tenaga hijau jangka panjang.

Sementara itu, Ketech Asia Sdn. Bhd. memacu inisiatif Nurturing a Green Future, pembangunan propelan hijau daripada sisa kelapa sawit, sebuah inovasi strategik bagi memperkukuh kebergantungan kendiri teknologi pertahanan negara.

UPNM menjelaskan, kerjasama ini dijangka memberi impak besar kepada ekosistem penyelidikan negara melalui tiga fokus utama:

Peningkatan keupayaan penyelidikan berasaskan keperluan sebenar industri; Pemindahan teknologi dan pengkomersialan inovasi hasil R&D universiti; dan Pembangunan modal insan berkualiti tinggi melalui latihan industri dan projek bersama.

Langkah ini juga dilihat memperkukuh aspirasi UPNM untuk menjadi Universiti Pertahanan Unggul Serantau menjelang 2030, di samping menyokong agenda nasional dalam membina ekosistem inovasi pertahanan yang mampan dan berdaya saing.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat