Letupan besar kedengaran dekat rumah Netanyahu

- Advertisement -

TEL AVIV – Media Zionis melaporkan satu letupan besar kedengaran berhampiran kediaman Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di bandar Caesarea atau Qaysaria, di Tel Aviv.

Agensi berita Palestin Samaa memetik sumber-sumber yang melaporkan bunyi letupan itu kedengaran pada lewat malam pada hari Isnin.

Sumber zionis berkata, pihak berkuasa sedang dalam siasatan dan punca letupan masih belum dapat ditentukan.

Letupan itu menyusuli pengesahan media zionis bahawa kira-kira 90 roket dilepaskan dari Lubnan ke arah wilayah Palestin yang diduduki sejak pagi Isnin, menyasarkan penempatan dan kemudahan tentera Israel.

Bulan lalu, Hezbollah telah menyerang rumah persendirian Netanyahu di bahagian utara wilayah yang diduduki.

Pada 19 Oktober, media zionis melaporkan serangan dron ke atas kediaman Netanyahu, mengatakan UAV itu tepat terkena bilik tidur perdana Menteri itu.

Namun, ketika kejadian Netanyahu dan isterinya tiada di rumah dan tiada sesiapa yang cedera dalam serangan itu.

Ketua pejabat media Hezbollah, Mohammad Afif, berkata pada sidang akhbar 22 Oktober lalu bahawa satu daripada tiga dron yang dilancarkan dari Lubnan terkena kediaman percutian Netanyahu, lapor Agensi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat