“Saya Masih Calon PM, Poster Boy BN”- Ismail Sabri

- Advertisement -

BERA – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) masih mencalonkan beliau sebagai Perdana Menteri jika gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Katanya, ketetapan mengenai poster boy dan calon Perdana Menteri masih tidak berubah seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan Perhimpunan Agung Umno (PAU).

“Setakat ini tidak ada perubahan berdasarkan keputusan daripada MT yang mengatakan sebaliknya. Keputusan saya untuk jadi poster boy juga calon Perdana Menteri selepas PRU15 diputuskan oleh MT dan PAU.

“… dan baru-baru ini 156 daripada 190 bahagian Umno membuat usul mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15,” tegasnya.

Susulan itu, beliau memberi keyakinan bahawa setakat ini keputusan itu masih terpakai mengikut ketetapan MT dan PAU.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Umno itu menyangkal dakwaan wujudnya akuan bersumpah (SD) kononnya semua calon BN ‘dipaksa’ menyokong Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri serta terma-terma lain seperti yang ditularkan.

“Tak ada. Kita tandatangan SD untuk tak lompat parti. Sekarang kita dah ada Akta Lompat Parti jadi, SD kita berdasarkan itu.

“Memang setiap kali pilihan raya sejak dulu ada surat peletakan jawatan sebagai ADUN, ahli Parlimen kalau kita lompat. Sekarang SD kita berdasarkan Akta Lompat Parti,” jelasnya ketika sidang media di Bera selepas penamaan calon pada Sabtu.

Sementara itu, Ismail Sabri menganggap pakatan antara Zahid dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah sekadar spekulasi.

“Saya tak pasti, kita tak dengarlah itu. Spekulasi macam-macam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat