- Advertisement -
BERA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memulakan kempen pertamanya untuk
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan aktiviti sembang santai dan makan malam bersama penduduk di Kampung Seberang Guai.
Penyandang Parlimen Bera itu meluangkan masa hampir dua jam menyantuni penduduk dan melawat bilik gerakan.
Ismail Sabri juga sempat beramah-mesra dan berborak santai mendengar permasalahan penduduk Kampung Seberang Ruai.
Kira-kira 100 orang penduduk hadir bertemu wakil rakyat mereka sambil menikmati makan malam ala kampung.
Pada PRU15 ini, Ismail Sabri ditentang calon dari Bersatu, Datuk Asmawi Harun dan Pakatan Harapan (PH), Abas Awang.