PM Iring Agong dan Permaisuri Sambut Deepavali Di Kediaman Saravanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semangat Keluarga Malaysia terus disemarakkan sempena sambutan Deepavali apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengunjungi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perkongsian di Facebooknya pada Jumaat mengiringi Seri Paduka Baginda berdua menghadiri sambutan Deepavali.

“Mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkenan mencemar duli menghadiri majlis sambutan Hari Deepavali di rumah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

“Sambutan yang mencerminkan keindahan perpaduan Keluarga Malaysia ini bertambah meriah dengan kehadiran Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan isteri.

“Terima kasih kepada sahabat baik saya, Datuk Seri Saravanan dan keluarga di atas jemputan dan layanan yang sangat baik,” ucap Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat