Pertaruh calon anak muda, muka baru potensi UMNO menang di Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keputusan UMNO menampilkan ramai calon anak muda dan calon muka baru yang berpotensi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) memberi nilai tambah kepada parti itu untuk merebut kerusi di Melaka,” kata EXCO Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu memenangi PRN Melaka meski terpaksa bertanding sendirian tanpa Perikatan Nasional (PN).

Beliau nampak peluang kemenangan itu besar kerana BN akan menampilkan ramai calon anak muda dan calon-calon baru yang ada potensi untuk berkhidmat kepada rakyat yang menunjukkan perubahan besar dalam dasar dan sikap parti komponen.

“Dilihat dengan perkembangan dan perubahan lanskap politik baru BN yang bersikap terbuka dengan pandangan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO untuk mengetengahkan wajah-wajah baru dalam kepimpinan dan PRN Melaka ini, insha-Allah, BN mampu menyambung kesinambungan pembangunan dan ekonomi yang tergendala sebelum ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Muqharabbin berkata, walaupun PRN Melaka ini berlaku oleh kerana konflik dalaman parti tetapi ia sangat berprinsip apabila secara automatik terus memecat dua Ahli Dewan Undangan (ADUN) dari UMNO tersebut.

“Saya juga ingin sama-sama berpesan kepada rakyat negeri Melaka, tentang apa yang telah berlaku sepanjang tempoh Pakatan Harapan (PH) memerintah negara dan negeri serta kemelut perbalahan dalaman Bersatu yang sehingga kini masih berlaku dan menunggu masa untuk berpecah,” katanya.

Beliau menyarankan agar rakyat memilih parti yang berprinsip, mampu membangun ekonomi rakyat dan negara, menjaga keharmonian pelbagai bangsa dan sentiasa cakna dan prihatin kepada rakyat serta sentiasa turun padang membantu rakyat yang memerlukan.

“Saya harap PRN kali ini, rakan-rakan pemuda dan puteri seperti Fairul Nizam Roslan, Datuk Rais Yasin dan Datuk Dira Abu Zahar, Dr Akmal Saleh dan beberapa lagi calon profesional, dapat diangkat menjadi calon dan diketengahkan oleh pucuk pimpinan parti,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat