Bersatu merentan ditolak UMNO, takut bayang-bayang sendiri – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Bersatu kini bertindak seolah-olah sedang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sedar tentang perbuatan dan kezaliman mereka terhadap UMNO.

Presiden UMNO itu juga memberitahu pendukung Bersatu kini sangat marah kerana UMNO nekad tidak bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“ Semakin kuat pula merentan serba tidak kena mengata itu dan ini tentang UMNO sejak kebelakangan ini.

“Sebelum ini dengan angkuh Bersatu dilapor mahu ‘langgar’ UMNO di Melaka, tetapi masih merungut tidak sudah-sudah,” catat Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu di Facebooknya pada Khamis.

Kata Zahid, Bersatu sanggup melancarkan propaganda tidak masuk akal konon majoriti ahli UMNO mahu bersama Bersatu.

“Menuduh UMNO tidak dapat bekerjasama dengan mereka disebabkan keegoan pimpinan UMNO.

“Sedangkan ramai mengerti seperti apa yang kerap kali diperjelaskan bahawa itu adalah keputusan parti.

“Keputusan akar umbi UMNO yang bertegas menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Bersatu. Seperti yang ditetapkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 8 bulan lalu,” jelas Zahid.

Menurut beliau, rakyat mengerti mengapa Bersatu menggelisah begitu teruk disebabkan pendirian UMNO itu.

Malah kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, Bersatu berpakat bersama DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk memfitnah UMNO dan para pemimpinnya sejak 2016.

“Bergandingan bersama DAP dan PH menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 dengan tipu daya.

“Kini perlu berdepan semula dengan UMNO dalam PRN Melaka sebelum sempat memanipulasi cerita.

“Selepas fitnah yang ditaburkan oleh mereka sudah tumpul dan rakyat menyedari tentang kecurangan dan hipokrasi mereka sendiri,” ujarnya.

Tambah Zahid, UMNO tenang-tenang sahaja.

“Kita fokus kepada gerak kerja bersama rakyat untuk BN kembali mentadbir Melaka.

“Menerangkan rekod dan kemampuan kerajaan BN memakmurkan rakyat serta negeri Melaka.

“Memperjelaskan segala tohmahan fitnah yang tidak benar dan mengingatkan rakyat Melaka apakah itu Bersatu dan PH.

“Kita perlu meyakini kebijaksanaan orang Melaka dalam menilai apa yang benar dan terbaik untuk masa depan mereka,” tegas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat