Saya tidak akan biar orang Sungai Petani lapar kata Shahanim

- Advertisement -

Kuala Lumpur – UMNO bahagian Sungai Petani berjanji untuk tidak membiarkan rakyat di kawasan itu kelaparan.

Menurut Ketuanya, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff pihaknya akan cuba sedaya upaya memberi bantuan kepada mana-mana keluarga di kawasan tersebut yang terputus bekalan makanan.

“Assalam penduduk Sungai Petani, selaku Ketua Umno Bahagian Sungai Petani saya ambil tanggungjawap (untuk) tidak membiarkan ada di antara kita yang terputus bekalan makanan.

“Saya tak akan biar orang Sungai Petani sampai tak ada makanan, anak-anak Sungai Petani sampai kelaparan
tambahan ketika Covid ini,” katanya melalui satu catatan di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu Shahanim membeli secara borong ikan para nelayan di Sungai Petani, tang terjejas ekoran penularan wabak Covid-19z

Ikan-ikan tersebut kemudiannya diagihkan secara percuma kepada warga Sungai Petani yang memerlukan bagi meringankan beban mereka.

Melalui catatan yang sama, Shahanim turut menyeru warga Sungai Petani untuk memaklumkan kepada beliau sekiranya mengetahui ada keluarga yang memerlukan bantuan.

“Hubungi saya andai andai ada yang tahu mana-mana keluarga yang amat-amat memerlukan barang makanan.

“Bukan nak minta tolong duit tapi tolong prihatin kepada yang lain yang memerlukan kasih sayang kita. Salam sayang buat semua,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat