Kerajaan pertimbang isytihar darurat di Batu Sapi dan Sarawak, tangguh pilihan raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memikirkan keperluan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di kawasan Parlimen Batu Sapi dan negeri Sarawak berikutan pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat di situ.

Memetik laporan FMT, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata demikian menjawab soalan Ahli Parlimen (Pasir Gudang-PKR), Hassan Karim yang bertanya sama ada kerajaan pusat bercadang menghadap Agong sekali lagi untuk mendapat perkenan supaya diisytiharkan darurat di kawasan tertentu seperti pilihan raya Batu Sapi dan Sarawak.

Hasan berkata, ini bagi menangguhkan kedua-dua pilihan raya itu.

Menurut Takiyuddin, mengikut perlembagaan langkah itu boleh dilakukan.

“Sekiranya dirasakan perlu, mungkin kerajaan akan fikir. Kalau tidak keseluruhan, adalah mana-mana bahagian daripada Perlembagaan. Pokoknya dari segi perlembagaan, ia dibolehkan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, merujuk Perkara 150 adalah jelas Agong mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara atau mana-mana bahagiannya.

PRK Batu Sapi ditetapkan pada 5 Disember ini dan PRN Sarawak berkemungkinan diadakan pada bila-bila masa.

Menurut Fasal 1 Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas terdapat kekosongan bagi sesuatu kerusi Parlimen.

Sementara itu, Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak juga memperuntukkan pilihan raya negeri hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Takiyuddin memberitahu, kos bagi pelaksanaan pilihan raya negeri (PRN) Sabah adalah sebanyak RM130 juta.
Katanya, kos ini merangkumi perolehan pembelian, sewaan peralatan pilihan raya, keperluan peralatan, sistem ICT, logistik, elaun petugas pilihan raya dan keperluan lain yang berkaitan.

“Perbelanjaan ini turut mengambil kira keperluan peralatan dan mengikut garis panduan pencegahan Covid-19,” katanya.

Beliau menjawab soalan ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang meminta kerajaan menyatakan kos yang disalurkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya, agensi kerajaan lain seperti polis, Jabatan Penerangan dan sebagainya untuk mengendalikan pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat