Rakyat Disuruh Kerja Atas Talian, Kenapa Ahli Parlimen Tak Boleh? – Pejuang

Kerajaan pertimbang cadang darurat di Parlimen Gerik, DUN Bugaya jika ada risiko penularan COVID-19 – Takiyuddin

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbang untuk mencadangkan pengisytiharan darurat di Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah sekiranya kawasan itu mempunyai...

Video dikait menteri kanan: Nazri gesa disiasat dan dakwa tanpa pilih kasih

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak mengamalkan pilih kasih terhadap mana-mana pendakwaan dan...

Pesakit beratur panjang, ini penjelasan Hospital Selayang

KUALA LUMPUR -Hospital Selayang tampil menjelaskan video tular yang melaporkan pesalit beratur panjang untuk mendapatkan rawatan di klinik pakar hospital itu. Pengarah Hospital Selayang, Dr...

Tok Mat sokong Muhyiddin adakan PRU-15

SEREMBAN: Hasrat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja penularan pandemik COVID-19 berakhir adalah tepat. Timbalan Presiden...

Kutipan cukai untung luar biasa sawit dijangka cecah RM500 juta – Pengerusi MPOB

BANGI:  Kerajaan dijangka memperoleh hasil kutipan cukai untung luar biasa daripada sawit sekitar RM500 juta pada 2021 jika harga minyak sawit mentah (MSM) mencatat...

KUALA LUMPUR – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebulat suara membantah keputusan kerajaan mengehadkan hanya 80 orang Ahli Parlimen di dalam sidang Dewan Rakyat pada pembentangan Belanjawan 2021, esok.

Dalam satu kenyataan media bersama, Pejuang membangkitkan alasan membendung wabak Covid-19 adalah tidak berasas.

“Di waktu yang sama rakyat disuruh bekerja secara alternatif dan atas talian, namun kerajaan sendiri mengambil jalan mudah dan keterbelakang.

“Alasan yang diberi adalah untuk membendung wabak Covid-19 dilihat tidak berasas. Malahan, ini bukan kali pertama Dewan Rakyat bersidang sewaktu tempoh pandemik,” katanya.

Pejuang menegaskan, terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang telah dilaksanakan di dalam dewan seperti pemasangan penghadang lut sinar dan aturan kerusi secara penjarakan sosial bagi sidang-sidang sebelum ini.

Selain itu, persidangan secara digital juga boleh menjadi alternatif yang sesuai bagi memastikan persidangan dapat dijalankan dengan sempurna tanpa menghadkan keterlibatan Ahli-ahli Parlimen dalam perbahasan.

Bahkan, keputusan mengehadkan kehadiran ahli-ahli dewan ini juga tidak dibincangkan bersama dengan wakil dari pihak bebas (Pejuang).

“Wakil dari pihak kami tidak pernah dijemput untuk membincangkan perkara ini.

“Ahli Parlimen adalah wakil sah dipilih oleh rakyat bagi menyuarakan dan memperjuangkan kepentingan rakyat dalam Parlimen,” tegasnya.

Pejuang berkata, keterlibatan penuh Ahli Parlimen dalam sesi Belanjawan 2021 adalah cukup penting bagi memastikan belanjawan negara dapat diperhalusi mengikut keperluan rakyat tanpa ruang salah guna dan penyelewengan.

“Parlimen adalah gedung perbahasan, maka wakil rakyat sepatutnya diberi cukup ruang untuk membawa suara rakyat yang diwakili mereka,” ujarnya.

Bantahan Pejuang itu mewakili,Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan