Bimbang ketakutan beri impak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii takut apabila memikirkan tanggungjawab mempersembahkan tiga lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35.

Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, berkata dia bertambah risau memikirkan ketakutan akan memberi impak pada tiga persembahannya.

“Secara jujur, saya risau memikirkan ada tiga lagu yang perlu dipersembahkan. Saya bimbang tak boleh memberikan persembahan terbaik.

“Apabila takut, saya tak boleh nak fokus, jadi saya susah hati mengganggu hingga tak boleh memberikan 100 peratus pada tiga persembahan ini,” katanya kepada BH Online.

Tiga lagunya yang layak bertanding ke pentas SFMM 35 adalah Sakit berduet bersama Zynakal, Kelabu (Azlan The Typewriter) dan X Missing You (Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah).

 

Yonnyboii menggalas tanggungjawab besar, risau memikirkan ketakutan kali pertama bertanding di pentas separuh akhir Muzik Muzik beri impak pada persembahan.
Yonnyboii menggalas tanggungjawab besar, risau memikirkan ketakutan kali pertama bertanding di pentas separuh akhir Muzik Muzik beri impak pada persembahan.

 

Menyifatkan kelayakannya adalah satu luar jangkaan, Yonnyboii berkata, ia umpama tuah dan rezeki yang ditumpang daripada rakan kolaborasi.

“Jika tiada Zynakal, Azlan, Faizal dan Dayang Nurfaizah, saya tak mampu dipilih ke SFMM 35 ini. Mereka banyak menyokong saya sehingga sampai ke tahap ini.

“Saya bertuah dapat bekerjasama dengan penyanyi hebat, memandangkan saya masih mentah dan menyertai industri muzik. Saya hanya betul fokus dalam nyanyian, tahun lalu. Namun, Alhamdulillah, rezeki saya melimpah ruah,” katanya.

Yonnyboii berharap, tiga lagu berkenaan berjaya ke Anugerah Juara Lagu (AJL), tahun hadapan. SFMM 35 akan menyaksikan 30 lagu bertanding pada 20, 21 dan 22 November ini.

Katanya, dia kini sedang giat berlatih untuk persembahan bersama Zynakal pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 pada 13 November ini.

“Ini kali pertama mengadakan persembahan dalam skala besar. Ia juga salah satu impian saya yang menjadi kenyataan.

Saya tidak tahu nak gambarkan perasaan, ketika ini.

“Saya masih ingat, pernah cakap pada ibu mahu jadi ‘rockstar’ pada usia 12 tahun. Ibu membelikan saya gitar.

“Dari situ, minat mendalam mula berkembang. Tak sangka, saya dapat membuat persembahan dalam ABPBH 33, tahun ini. Ia adalah pencapaian besar buat kerjaya saya,” katanya yang juga calon Artis Baharu Lelaki Popular ABPBH 33.

Berita Harian
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat