Tiga Negeri Ditadbir PH Bubar DUN 2023

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiga negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 2023.

Majlis Presiden PH menegaskan, mereka tetap berpegang kepada laporan Jabatan Meteorologi (METMalaysia) berhubung Monsun Timur Laut.

“Majlis Presiden PH telah mengadakan satu perbincangan dengan Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan serta Ketua Menteri Pulau Pinang pada hari ini berhubung isu tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri bagi ketiga-tiga negeri tersebut.

“Majlis Presiden mengambil maklum laporan Jabatan Metereologi yang berkata bahawa fenomena La Nina dan monsun Timur Laut hingga ke awal tahun depan bakal menyaksikan jumlah taburan hujan yang tinggi serta kemungkinan berlaku hujan lebat dan banjir di kebanyakan negeri.

“Majlis Presiden turut mengambil maklum bahawa Kerajaan-Kerajaan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah mempertingkat tahap kesiapsiagaan bagi menghadapi musim banjir di negeri masing-masing sesuai dengan prinsip mengutama nasib rakyat berkait nyawa dan harta benda,” katanya pada Rabu.

Oleh itu, Majlis Presiden PH menerima pendirian Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan serta Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa DUN bagi negeri-negeri tersebut akan dibubarkan pada tahun 2023, pada satu tarikh yang akan diumum kelak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat