Singapura Rehatkan ‘Jamie’ Gara-Gara Nasihat Salah Mengenai Covid-19

- Advertisement -

SINGAPURA – Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura menghentikan sementara fungsi chatbot ‘Ask Jamie’ di laman webnya selepas tular satu tangkap layar yang menunjukkan chatbot itu memberikan nasihat seks selamat sebagai respons kepada pertanyaan berhubung Covid-19.

Dalam beberapa tangkap layar yang dikongsi, jawapan chatbot kepada pertanyaan mengenai langkah-langkah yang patut diambil apabila seorang anggota keluarga disahkan positif Covid-19 mencetuskan kebingungan dalam kalangan pengguna internet.

Dalam satu tangkap layar yang dikongsi, seorang pengguna bertanyakan mengenai apa perlu dilakukan selepas anaknya disahkan positif Covid-19 dan chatbot itu memberikan nasihat mengenai seks selamat.

Ketika ditanya mengenai lokasi untuk mendapatkan kit ART (ujian pantas antigen), chatbot itu menjawab: “vaksin polio boleh didapati di poliklinik, klinik swasta dan klinik pelawat”.

Menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai petikan skrin itu, MOH akur bahawa pihaknya sedia maklum mengenai jawapan ‘bercelaru’ yang diberikan oleh chatbot itu dan sudah menghentikan sementara fungsi berkenaan semalam untuk membolehkan “pemeriksaan menyeluruh dan sedang berusaha untuk memperbaikinya”.

“Sementara itu, jika masyarakat mempunyai pertanyaan mengenai Covid-19, mereka boleh merujuk ke laman www.covid.gov.sg,” katanya seperti dilaporkan Berita Mediacorp.

Dibangunkan pada 2014, chatbot Ask Jamie adalah pembantu maya yang disediakan pada 70 laman agensi kerajaan setakat ini.

Menurut laman agensi teknologi kerajaan, GovTech, chatbot itu dilatih untuk menjawab pertanyaan dalam bidang-bidang tertentu, dengan setiap agensi mendapat versi tersendiri.

Ia menggunakan mesin pemprosesan bahasa semula jadi untuk memahami pertanyaan yang diajukan oleh orang ramai dan memberikan jawapan sesuai, menurut laman GovTech. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat