KPM Tetap Pindah Cikgu Antivaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kelompok guru yang berdegil enggan menerima vaksin COVID-19 tetap akan dipindah,” tegas Kementerian Pendidikan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Menurunya, Kementerian Pendidikan kekal dengan pendirian untuk memindahkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 sebaik sesi persekolahan bersemuka dibuka secara berperingkat, bermula semalam.

Kata Hang Soon langkah itu dibuat bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah kelak tidak terjejas.

“Guru juga sebagai penjawat awam, harus akur kepada ketetapan Jabatan Perkhidmatan Aawam (JPA) mengenai syarat vaksinasi lengkap pada pegawai perkhidmatan awam.

“Syarat ditetapkan, pegawai perkhidmatan awam dikehendaki segera melengkapkan vaksinasi sebelum 1 November ini.

“Maka dalam tempoh itu, pegawai yang belum divaksin, mereka boleh hadir secara ‘walk-in’ ke pusat pemberian vaksin yang disediakan kerajaan.

“Bagi guru yang enggan divaksin tanpa dapat pengecualian pegawai perubatan kerajaan dan menyebabkan gangguan operasi sekolah, tindakan untuk memindahkan guru terpaksa dilaksana untuk memastikan PdP murid tidak terjejas,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin sebelum ini memaklumkan, terdapat 2,500 guru enggan divaksinkan di negara ini dan pihaknya akan terus mengadakan sesi libat urus bersama mereka.

Menjawab soalan asal Chang Lih Kang (PH-Tanjong Malim), Hang Soon berkata, sehingga semalam, seramai 388,897 guru atau 94 peratus sudah lengkap divaksin

“Kementerian sentiasa bekerjasama rapat dengan pasukan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) bagi memastikan kadar vaksinasi warga sekolah termasuk dalam kalangan guru dapat ditingkatkan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat