Idris Persoal Rauf Umum Keahlian UMNO Gugur Secara Automatik

- Advertisement -

MELAKA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron mempersoalkan kuasa Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof yang mengumumkan keahliannya dalam parti telah gugur secara automatik.

Ini kerana kata Idris yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang maklumat bertulis daripada Presiden atau Timbalan Presiden UMNO berhubung perkara itu.

“Rauf itu siapa? Siapa dia? Adakah dia Presiden parti? Dia hanya Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.

“Saya tidak tahulah jika hari ini Pengerusi Perhubungan UMNO negeri telah diberi kuasa untuk menggugurkan taraf keahlian kerana saya bukan lagi Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO.

“Tapi saya sebagai AMT selama 10 tahun, sefaham saya soal keahlian ini dibuat oleh AMT,” katanya pada sidang akhbar di Bandar Hilir di sini pada Selasa.

Beliau percaya kepada proses dan prosedur dalam parti dan jika benar keahliannya dipecat, beliau rela dipanggil oleh badan disiplin parti dan bersedia untuk menjelaskan tindakannya berbuat demikian.

Pada Isnin media melaporkan Ab Rauf menyatakan yang keahlian Idris dan ADUN Pantai Kundur, Datuk Nor Azman Hassan dalam UMNO tergugur secara automatik.

Kata Ab Rauf, keahlian kedua-dua ADUN itu tergugur secara automatik selepas terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Sementara itu jelas Idris, dalam sidang akhbar diadakan pada Isnin, beliau tidak menyatakan sokongan terhadap PH tetapi hanya menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri Melaka.

“Saya tak sebut pun saya sokong PH. Saya cuma sebut kami berempat menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka.

“Kita pun tidak ada sebut untuk sertai mana-mana parti dan kita hanya kata mungkin akan ada kolaborasi dengan 11 rakan ADUN pembangkang kerana pada dasarnya kita bersama-sama tidak setuju dengan kerajaan negeri yang ada hari ini,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat