DUN Melaka Bubar, Tuntut PRN – Ab Rauf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Badai politik di Melaka akhirnya menemui jalan keluar apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan hari ini.

Speaker DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, langkah terbaik menamatkan krisis politik di negeri itu adalah dengan mengembalikan hak untuk menentukan kerajaan negeri kepada pengundi.

Ab Rauf, pada petang Selasa memaklumkan cadangan agar diadakan pilihan raya di peringkat negeri diterima Yang di-Pertua Negeri Tun Mohd Ali Rustam.

Kata Ab Rauf nasihat supaya DUN Melaka dibubarkan itu dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali disampaikan kepada Mohd Ali.

Mengikut perlembagaan, selepas DUN dibubarkan sebuah pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.

Melaka dilanda kemelut politik selepas empat ADUN kerajaan diketuai bekas ketua Menter yang juga ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron, mengumumkan pendirian mereka untuk menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan BN-PN.

“Proklamasi pembubaran DUN Melaka diwartakan hari ini, 5 Oktober 2021,” kata Ab Rauf pada sidang media yang disiarkan secara langsung hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini memberi jaminan sekiranya berlaku pilihan raya di Melaka, prosedur operasi standard yang ketat akan dilaksanakan.

Ketetapan itu katanya dibuat bagi mengelakkan berulangnya penularan wabak COVID-19 seperti yang pernah berlaku ketika pilihan raya negeri Sabah diadakan pada tahun lalu.

Ditanya mengenai pelaksanaan pilihan raya negeri ketika COVID-19 masih menjadi ancaman, Ab Rauf berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mencadangkan kaedah yang rasakan sesuai.

“Terpulang kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat keputusan lanjut,” katanya.

Beliau juga memaklumkan, dengan pembubaran DUN Melaka hari ini, negeri itu ditadbir oleh kerajaan sementara sehinggalah pilihan raya negeri selesai dijalankan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat