NGO Gesa SPRM Siasat Tan Sri dan Bekas Menteri Berkaitan Kes Jual Tanah DBKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bersama gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini, menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat seorang kenamaan bergelar Tan Sri didakwa terbabit salah laku rasuah.

Presidennya, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa berlaku pencabulan kuasa serta amalan rasuah dalam soal penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada Tan Sri berkenaan yang dijual RM13 juta sahaja sedangkan harga pasaran bernilai RM80 juta.

Beliau berkata, pihaknya memohon SPRM menyiasat isu tanah di Jalan Kuchai Lama itu yang didakwa turut membabitkan bekas Datuk Bandar DBKL, beberapa pegawainya dan seorang bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

“SPRM tolong siasat. Panggil mereka (yang didakwa salah laku) dan berikan kenyataan balas. Rakyat nak tahu apa sebenarnya berlaku dengan isu ini.

“Kita ada bukti termasuk transaksi yang berlaku dan hari ini kita akan serahkan kepada SPRM untuk tindakan selanjutnya oleh pihak yang berkenaan,” katanya sebelum mengetuai serahan memorandum di pejabat SPRM Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan menghantar memorandum yang sama kepada Perdana Menteri dalam masa terdekat kerana ia membabitkan kepentingan awam khususnya lebih 28 penjaja berniaga di atas milik kerajaan sebelum ini di lokasi berkenaan lebih 15 tahun lalu dengan lesen diperbaharui DBKL setiap bulan.

Menurutnya, lebih menyedihkan semua penjaja berkenaan difahamkan tidak mendapat sebarang pampasan oleh pihak berkenaan.

“Harga pasaran semasa tanah seluas sekitar satu ekar (0.40 hektar) dan harga cukai taksiran RM35,830,000 tetapi dijual kepada seorang pemaju VIP ini yang ada kes rasuah pada 27 Julai lalu.

“Sekarang kami nak tahu kenapa tanah itu dijual kepada Tan Sri itu? Ada rasuah ke? Perlu telus dan adil. Tolong siasat berkenaan isu ini,” katanya.

Beliau juga membidas tindakan DBKL meluluskan dan menjual tanah berkenaan tanpa proses tender terbuka kepada individu itu. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat