Lofa dah mula pakai stokin tangan dan kaki

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa mengaku penampilan terkini dirinya yang kerap mengenakan stokin kaki dan tangan bukan atas paksaan mana-mana pihak.

Neelofa menjelaskan, apabila dia memahami sesuatu perkara baru dalam hidupnya, dia akan cuba mengubah dirinya menjadi lebih baik.

“Mengenai aurat kaki… ada sesetengah pendapat orang berbeza-beza. Kalau saya memilih untuk mengenakan stokin, itu adalah pemahaman saya dan buat pilihan apa yang nak saya lakukan.

“Kenapa saya pilih untuk buat sedemikian? Saya seorang yang kalau lakukan sesuatu, ia bukan atas paksaan atau pun mahu ikut orang.

“Bila saya sudah faham mengenai sesuatu, saya akan lakukan,” katanya.

Menurut Neelofa, dia bersyukur tindakannya itu menerima respon positif daripada golongan wanita yang terinspirasi untuk melakukan hal sama dan berharap dirinya terus istiqomah.

“Macam dulu. kelalaian lalu berlaku atas keburukan diri saya sebelum ini. Jadi bila saya pilih nak pakai stokin kaki, tangan dan sebagainya, saya harap Allah tetapkan iman agar terus istiqomah.

“Malah saya dapat tahu ramai gadis di luar sana yang mesej saya kerana turut terinspirasi untuk mengenakan stokin dan sebagainya, Alhamdulillah.

“Kalau ada orang nak cakap sebaliknya, itu terpulang mereka,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat