“Membangun Ummah Madani” – Zahid Tekankan Perpaduan & Kasih Sayang Umat Islam

Cyberjaya – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru umat Islam di seluruh negara agar menjadikan teladan Rasulullah SAW sebagai panduan dalam membina masyarakat dan negara yang berasaskan nilai kasih sayang, keimanan serta perpaduan.

Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H, Zahid berkata, kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW membawa cahaya rahmat dan teladan agung kepada umat Islam sepanjang zaman.

Beliau turut menekankan bahawa sambutan Maulidur Rasul tahun ini bertepatan dengan Bulan Kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia, justeru perjuangan Rasulullah yang penuh kesabaran, tekad dan kasih sayang wajar dijadikan rujukan dalam membina Malaysia yang bersatu padu, aman dan makmur.

“Tema sambutan tahun ini, Membangun Ummah Madani, mengajak kita untuk terus memperkukuh keimanan serta menguatkan perpaduan. Inilah asas sebenar untuk kita terus maju sebagai bangsa yang bermaruah, masyarakat yang berakhlak dan negara yang diberkati,” katanya.

Tambah Zahid, semangat Maulidur Rasul seharusnya menjadi pemangkin bagi menyuburkan kasih sayang sesama insan dan membimbing umat Islam untuk terus mencontohi sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat