78,883 Calon Ditawar Sambung Pengajian di Universiti Awam

KUALA LUMPUR, – Seramai 78,883 calon lepasan STPM, matrikulasi, diploma dan setaraf berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam (UA) bagi sesi kemasukan tahun ini.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu mewakili 71.8 peratus daripada keseluruhan 109,866 permohonan yang diterima melalui sistem UPUOnline®.

Sebanyak 1,132 program pengajian ditawarkan pada sesi ini, dengan kemasukan pelajar dibuat berasaskan prinsip meritokrasi, iaitu penyusunan calon mengikut markah merit tertinggi hingga terendah.

Bagi calon yang tidak berjaya, KPT menyediakan saluran rayuan menerusi UPUOnline® yang dibuka mulai 5 September jam 12 tengah hari hingga 14 September 2025 jam 5 petang.

“Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya, dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” menurut kenyataan itu.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat