Malaysia terpaksa tunggu untuk layak ke akhir Hoki Asia 2025

Rajgir, India – Malaysia terpaksa akur dengan kekalahan 1-4 di tangan India dalam aksi Super 4 Hero Men’s Hockey Asia Cup 2025, namun peluang untuk mara ke pentas akhir masih terbuka.

Skuad negara bermula cemerlang apabila terlebih dahulu menjaringkan gol melalui Syafiq Hassan pada minit pertama perlawanan sekali gus mengejutkan penyokong tuan rumah.

Namun, kelebihan itu tidak bertahan lama apabila India bangkit garang dengan empat jaringan balas pada suku kedua dan ketiga untuk mengesahkan kemenangan penting mereka setelah dipaksa seri 2-2 dalam perlawanan pertama liga separuh akhir ini.

Kekalahan ini tidak menyingkirkan Malaysia kerana format kejohanan menetapkan dua pasukan teratas Super 4 akan mara ke final. Malaysia masih memiliki kelebihan hasil kemenangan 2-0 ke atas China dalam aksi pembukaan Super 4.

Sebelum perlawanan Malaysia-India, China telah menang dengan Korea Selatan dengan jaringan 2-0.

Ini menjadikan kedudukan semua pasukan terbuka. Mana-mana pasukan yang menang dalam perlawanan terakhir akan menempah tempat ke final.

Malaysia perlu menewaskan Korea Selatan dalam perlawanan Sabtu ini untuk layak ke akhir.

Malaysia pernah mengalahkan juara bertahan Korea Selatan 4-1 di peringkat kumpulan sebelum ini.

Hero Men’s Hockey Asia Cup 2025 bukan sahaja menawarkan gelaran berprestij Asia, tetapi juga tiket automatik ke Piala Dunia Hoki 2026 di Belanda dan Belgium.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat