Keluarga Bola Sepak JDT Di Landasan ‘Sapu Bersih’ Trofi Kejohanan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Keluarga bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tampak berada dalam di landasan yang tepat untuk ‘menyapu bersih’ trofi yang dipertandingkan dalam kancah bola sepak tempatan pada musim ini.

Selepas Johor Darul Ta’zim III (JDT) menjulang Piala Presiden kini giliran ‘Abang Ngah’, Johor Darul Ta’zim II (JDTII) berpeluang mencipta sejarah sebagai pasukan pembangunan pertama memenangi Liga Perdana.

Susulan kekalahan pencabar terdekat, Kelantan FC, JDTII kini berkelebihan tiga mata mengatasi skuad The Red Warriors (TRW) dengan saingan divisyen dua itu hanya berbaki satu lagi perlawanan.

Dengan perbezaan jaringan yang besar, JDTII tetap bergelar juara Liga Perdana sekalipun tewas pada aksi terakhir berdepan Selangor FC II, hujung bulan ini.

Mengambil kira Liga Perdana musim ini akan menjadi saingan terakhir sebelum dihentikan seketika, kemenangan musim ini pasti akan menjadi pencapaian yang paling manis.

Sementara itu, pasukan utama pula iaitu JDT tidak dapat dinafikan kehebatannya apabila terus mengungguli carta Liga Super dengan 42 mata – enam mata mengatasi pencabar terdekat, Sabah FC.

Jurang mata itu boleh dilebarkan kepada sembilan mata sekiranya skuad bimbingan Hector Bidoglio itu memenangi baki satu perlawanan dalam tangan mereka.

Konsistensi yang diperagakan dan ‘ketidakmampuan’ pasukan lain menyekat JDT menyaksikan mereka hampir pasti terus bermain ‘bunga api’ pada hujung musim nanti.

Malah, skuad Harimau Selatan berpeluang menambah satu lagi koleksi kejuaraan musim ini apabila bakal berentap pada aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Terengganu FC (TFC) bakal menjadi penghalang terakhir sebelum mereka menjulang Piala FA buat kali kedua selepas memenanginya buat kali pertama pada 2016.

Pada awal musim, JDT sudahpun merangkul Piala Sumbangsih apabila menumbangkan juara Piala Malaysia, KL City FC dengan keputusan 3-0. Selain Piala FA, masih ada satu lagi pertandingan yang ditawarkan pada musim ini iaitu Piala Malaysia. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat