Selepas Mahathir, Muhyiddin pula cabar PM Anwar beri bukti

KUALA LUMPUR, – Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “pembohong yang mengkagumkan” pagi tadi, kini giliran bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mencabar Anwar mengemukakan bukti terhadap dakwaan kononnya beliau mempertahankan pemberian subsidi minyak kepada warga asing.

Dalam satu kenyataan video ringkas, Muhyiddin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat oleh Anwar di Dewan Rakyat hari ini dan menyifatkannya sebagai fitnah serta pembohongan yang serius.

“Saya sebenarnya tak pernah cakap begitu. Saya mempertikaikan dengan sekeras-kerasnya kenyataan itu ia adalah satu kenyataan yang berfitnah atau pembohongan,” tegas beliau.

Muhyiddin turut mempersoalkan bagaimana seorang Perdana Menteri boleh mengeluarkan kenyataan yang didakwanya tidak berasaskan fakta dalam Parlimen, sebuah institusi tertinggi negara.

“Apalagi yang memberikan penjelasan itu ialah Perdana Menteri di dalam Parlimen. Sedangkan saya tahu bahawa sejak dulu, asas dan dasar kita berkenaan subsidi adalah untuk rakyat Malaysia, bukan untuk warga asing,” katanya.

Terdahulu di Dewan Rakyat, Anwar dilaporkan menjawab soalan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid dengan mendakwa bahawa beliau membaca satu kenyataan oleh Ahli Parlimen Pagoh yang mempersoalkan beban subsidi kepada warga asing.

Namun, Muhyiddin dalam responsnya berkata beliau langsung tidak pernah mempertahankan hak warga asing untuk menerima subsidi bahan api, sebaliknya hanya mengkritik kelemahan pelaksanaan penyasaran subsidi yang menekan rakyat.

Serangan Dua Bekas PM

Kenyataan balas Muhyiddin hari ini hadir hanya beberapa jam selepas satu hantaran tegas oleh Tun Dr Mahathir yang menggelar Anwar sebagai “penipu luar biasa” (amazing liar), susulan kenyataan Anwar di Jakarta baru-baru ini berkenaan dakwaan kekayaan anak-anak Mahathir. https://suara.tv/05/08/2025/buktikan-dakwaan-atau-bubar-parlimen-mahathir-kecam-anwar-sebagai-penipu-mengkagumkan/

Mahathir dalam tulisan bertajuk The Amazing Liar menafikan beliau pernah mengaku memiliki kekayaan seperti yang disebut Anwar dan menuntut Perdana Menteri menjelaskan dari mana sumber angka tersebut diperoleh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat