KXP: Anwar beritahu Sanusi “kalau nak minta elok-elok bukan maki hari-hari”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau bukan anti-Kedah seperti didakwa apabila enggan bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bagi membincangkan isu berkaitan pembangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP).

Anwar mengingatkan Sanusi bahawa beliau kini adalah Perdana Menteri Malaysia dan setiap perancangan antara negeri dan Persekutuan mesti melalui ruang perbincangan bukannya dengan cara memaki hamun.

“Tak senang, tak selamat Kedah kalau dok kira maki orang, habaq kat depa mau tak mau la ni aku Perdana Menteri tau dak? bincanglah elok-elok.

“Ini hari hari dok maki lepas tu kata saya ada tulis surat dah tiga kali tapi Anwar tak jawab, tarak lapaq (tak mahu) aku jawab.

“Kerja macam mana, cakaplah elok-elok,” ujar Anwar sebagai reaksi kepada Sanusi yang mengatakan Perdana Menteri enggan mendengar penjelasannya berkenaan projek pembangunan Kedah Aerotropolis itu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Jelajah Perpaduan Madani di Kupang, Kedah malam tadi.

Perdana Menteri menambah, beliau sebaliknya berusaha membawa pelaburan lebih besar kepada Kedah apabila firma Jerman, Infineon Technologies AG, bersetuju melabur lebih RM25 bilion di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim Hi-Tech).

“Ini belum buat apa-apa sudah umum, bila tak lulus marah pada Anthony (Menteri Pengangkutan, Anthony Loke), marah pada saya, perkara ini ada cara dia,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau cuba bersikap adil kepada semua negeri termasuk membawa lebih banyak pelaburan ke seluruh negara.

“Saya anti-Kedah? Saya bawa pelaburan RM25 bilion ke Kedah. Mereka beritahu Anwar benci Kedah, dia beri semua kepada Pulau Pinang. Saya juga beri kepada Johor, pada semua negeri, saya Perdana Menteri Malaysia.

“Untuk Kedah saya bawa Infineon yang setuju tambah pelaburan RM25 bilion, terbesar luar daripada Jerman. Di mana? Kulim. Negeri mana? Kedah.

“Sebab itu Kedah kena kalih bagi sama sebab kita boleh buat kerja. Jadi nak kata saya anti-Kedah perhati sama,” katanya.

Pada Khamis, syarikat penyedia penyelesaian semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG mengumumkan sedia meningkatkan pelaburan RM25 bilion bagi kemudahannya di Kulim.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata pelaburan itu disifatkan bukti kukuh kepercayaan firma global terhadap dasar pelaburan Kerajaan Madani dan mencerminkan kejayaan pihaknya meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat