Malaysia-Turkiye Perluas Pelbagai Skop Kerjasama Lonjak Ekonomi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lawatan sulung Menteri Luar Turkiye, Mevlüt Çavuşoğlu ke Malaysia telah memperkukuh dan meluaskan kerjasama merangkumi bidang pelaburan, perkhidmatan dan e-dagang bagi meningkatkan potensi pengembangan ekonomi kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mengenai keselamatan makanan, Malaysia-Turkiye bersetuju untuk bekerjasama secara aktif dalam bidang ini yang membolehkan kedua-dua negara membangunkan pelbagai sumber dan rantaian bekalan makanan yang mapan bagi manfaat bersama.

Bukan cuma itu, Ismail Sabri juga menyatakan, Malaysia menghargai pendirian tegas dan pendekatan telus Turkiye berhubung krisis Rusia dan Ukraine bagi mencari penyelesaian pada kadar segera.

“Semalam saya telah menerima kunjungan hormat oleh Tuan Yang Terutama Mevlüt Çavuşoğlu, Menteri Luar Negeri Turkiye yang sedang dalam lawatan rasmi ke negara ini. Hubungan dua hala Malaysia-Turkiye telah terjalin sejak 1957 dan ia dipertingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

“Jumlah dagangan telah meningkat sebanyak 74.2 peratus daripada RM9.74 bilion pada 2020 kepada RM16.97 bilion pada tahun 2021.

“Peningkatan hubungan ekonomi adalah hasil Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA) yang dimeterai 1 Ogos 2015.
Kedua-dua negara kini dalam peringkat akhir rundingan peluasan skop MTFTA merangkumi bidang lain seperti pelaburan, perkhidmatan dan e-dagang bagi meningkatkan potensi pengembangan ekonomi kedua-dua negara,” kata Perdana Menteri.

Sebelum ini, Kementerian Luar (Wisma Putra) memaklumkan lawatan sulung itu susulan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turkiye bulan lepas, serta persediaan bagi lawatan negara oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ke Turkiye.

Turkiye merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia dan destinasi eksport terbesar dalam kalangan negara Asia Barat.

kredit foto: Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat