Isu Lantikan Usahawan Vape: Dzulkefly Akui Berlaku Khilaf, Jamin Semakan Semula

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui berlaku kelemahan dalam proses pelantikan Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) bagi Hospital Rembau yang melibatkan seorang usahawan industri vape, Adzwan Ab Manas.

Dalam kenyataan rasmi , beliau menjelaskan bahawa sebanyak 2,860 pencalonan diterima daripada pelbagai pihak termasuk hospital, exco kesihatan negeri serta pemimpin masyarakat bagi pengisian jawatan ALPH di 143 hospital di seluruh negara.

“Setiap pencalonan yang diangkat kepada saya telah melalui proses tapisan, dengan mengambil kira pertimbangan, penilaian dan perakuan atau syor daripada wakil negeri masing-masing,” katanya.

Namun, Dzulkefly mengakui bahawa berlaku kekhilafan dalam proses tersebut apabila latar belakang kerjaya salah seorang calon yang dilantik dilihat bercanggah dengan dasar kesihatan awam negara.

“Dalam hal ini, wujud khilaf dalam proses tapisan tersebut, di mana latar kerjaya calon yang dilantik mempunyai elemen conflict of interest dengan dasar kesihatan semasa yang diperjuangkan KKM. Untuk makluman, individu tersebut tidak lagi berkhidmat sebagai ALPH Rembau,” jelas beliau.

Tambahnya, isu ini telah menimbulkan kesan negatif terhadap persepsi masyarakat terhadap integriti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan beliau memberi jaminan bahawa mekanisme pelantikan ALPH akan diteliti semula secara menyeluruh.

“Saya bersama KKM komited untuk terus memperkukuh integriti dan kredibiliti sistem kesihatan negara, termasuk melalui pelantikan wakil masyarakat yang tepat, berwibawa dan berprinsip,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Adzwan Ab Manas semalam tampil menafikan pernah memegang sebarang jawatan dalam lembaga pelawat Hospital Rembau, susulan kecaman meluas di media sosial terhadap pelantikannya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat