Hishamuddin Rais bukan subjek,cuma bantu siasatan kes -MCMC

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah merakam percakapan aktivis sosial Hishamuddin Rais di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada 3.15 petang semalam, bagi membantu siasatan satu kes sedang dijalankan.

MCMC dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan suruhanjaya itu telah menyerahkan Notis Kehadiran kepada Hishamuddin mengikut prosedur ditetapkan.

Susulan itu, MCMC memberitahu Hishammuddin bukan subjek siasatan sebaliknya tindakan itu diambil bertujuan merakam kenyataan beliau berhubung satu kandungan bersifat jelik dipercayai telah dikongsi semula melalui laman blog ‘TukarTiub’ miliknya.

“Tiada sebarang penahanan atau sitaan peranti dibuat, dan siasatan telah selesai pada 6.45 petang (semalam),” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sebarang tindakan siasatan yang dijalankan MCMC terhadap mana-mana individu adalah berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada.

Semalam, sebuah portal melaporkan aktivis sosial itu disoal siasat oleh pihak polis selama lebih dua jam berhubung catatan blognya diterbitkan pada 25 April lalu, yang menimbulkan persoalan mengenai status kesihatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam media melaporkan, aktivis politik Hishamuddin Rais disoal siasat oleh polis selama lebih dua jam semalam berhubung catatan blognya yang menimbulkan persoalan mengenai status kesihatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pengarah Lawyers for Liberty Zaid Malek, yang menemani Hishamuddin di balai polis Brickfields berkata catatan yang diterbitkan pada 25 April itu pada asalnya ditulis oleh bekas ahli Parlimen, Tamrin Ghafar.

“Dia (Hishamuddin) tiba di balai polis pada pukul 3.30 petang.

“Dia kemudian dibawa ke rumahnya di mana mereka (pihak berkuasa) mahu merampas komputernya, tetapi kemudian memutuskan untuk tidak melakukannya.

“Itu sehingga sekitar jam 5 petang. Kemudian mereka merakam keterangannya (di balai polis) yang berakhir sebelum jam 7 malam,” kata Zaid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat