“Single” Sejuta Kata Terokai Pasaran Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2023 – Pasangan sahabat dari Singapura – penyanyi Hazrul Nizam dan Diana Nazyra – telah acap kali merancang untuk merakamkan lagu duet bersama, namun dek kesibukan masing-masing, keinginan mereka ini sentiasa tertangguh.

Maka tidak hairanlah apabila Hazrul Nizam yang mula menerima pelawaan untuk merakamkan lagu setelah dikenali semula melalui rancangan realiti Gegar Vaganza musim ke-9, bertindak untuk menghubungi Diana Nazyra bagi menzahirkan hasrat mereka yang telah lama tertunda ini.

Bagi menembusi pasaran Malaysia dengan lancar, dua sahabat ini memilih untuk bekerjasama dengan penggubah lagu tempatan, dan ini menemukan mereka dengan Hazama dan Omar K, dua nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik Malaysia.

Lagu duet terbaru dari Hazrul Nizam dan Diana Nazyra ini menceritakan kisah cinta yang amat indah dan sukar digambarkan walau dengan sejuta kata. Meski ada halangan sepanjang hubungan, mereka berjanji akan kekal setia menanti hari bahagia yang bakal tiba.

SEJUTA KATA telah dilancarkan pada 23 Mei yang lalu di semua pelantar penstriman digital dan video muzik rasminya boleh ditonton di saluran YouTube Alternate Records & Talents.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat