Konsert Anuar Zain 40th “Anniversary” ( AZ40 ) 28 Oktober 23

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Sejak tahun 1983, sehingga kini nama Anuar Zain sudah tidak asing lagi malah mempunyai tempat yang utuh dan khas di hati peminat dan penggemar muzik beliau.

Perjalanan selama 40 tahun merentasi industri seni bukanlah satu perjalanan yang singkat lebih-lebih lagi apabila bermula dari seorang penyanyi kanak-kanak sehinggalah menjadi penyanyi solo lelaki berprofil tinggi.

Empat dekad membina legasi dalam industri muzik tempatan, Anuar Zain memiliki vokal yang merdu, senyuman yang manis, aura dan pesonanya yang kuat, serta untaian lagu-lagu miliknya yang cukup popular dan turut menerima pelbagai pengiktirafan di sepanjang karriernya, terus kukuh menjadi antara penyanyi yang disanjungi sehingga kini dan berada didalam liganya yang tersendiri.

Beliau menjadi penghibur yang disegani dimana setiap kemunculannya dinanti-nantikan, biar dalam majlis korporat, majlis berprofil tinggi dan eksklusif atau terkadang hanya untuk melihat persembahan beliau mendendangkan beberapa buah lagu di acara terbuka.

Lantas saat penganjur JioBuddy mengumumkan akan menganjurkan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert”, ia menjadi khabar gembira yang dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik beliau yang bukan hanya berada di Malaysia tetapi juga dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Bagi pihak penganjur, konsert ini akan menjadi sebuah lagi lakaran sejarah yang penting buat pelantun lagu Lelaki Ini dalam perjalanan karier seninya yang sentiasa mendapat sokongan positif dari semua pihak.

Konsert ini juga bakal menjadi lambang kematangan perjalanan Anuar Zain didalam karrier seninya.

“Kami di JioBuddy berbesar hati untuk menganjurkan Anuar Zain 40th Anniversary Concert kerana ia bukanlah hanya sebuah konsert biasa tetapi sebagai sebuah biografi untuk meraikan perjalanan seninya yang panjang bersama semua peminat dan penggemar muzik beliau.

“Konsert ini juga amat penting untuk kami selaku penganjur bagi menyokong industri muzik tempatan, dan memberi yang terbaik kepada penonton mengikut kepakaran kami,” kata Sean Ng dari JioBuddy.

Sementara itu bagi Anuar Zain pula, beliau berharap, mereka yang telah bersama-sama beliau di dalam Konsert Anuar Zain 3 Dekad pada tahun 2013 yang lalu akan bersama sama untuk turut hadir pada “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” itu nanti.

“Saya mengimpikan agar konsert AZ40 ini akan menjadi kenangan yang terindah di antara kita semua pada malam itu nanti. Juga menjadi kenangan manis buat semua tenaga kerja dan team produksi yang besar didalam menjayakan konsert AZ40 ini,” ujar Anuar Zain.

Jennifer Thompson yang merupakan pengarah konsert ini manakala Sze Wan dipertanggungjawabkan sebagai pengarah muzik untuk Anuar Zain 40th Anniversary Concert bersama lebih kurang 25 orang pemuzik-pemuzik handalan tanah air.

Sudah tentu juga sepanjang 40 tahun Anuar Zain mempunyai himpunan lagu hits yang pelbagai.

Tentu sahaja lagu seperti Lelaki Ini, Perpisahan, Bila Resah, Sedetik Lebih dan Keabadian Cinta akan menjadi halwa telinga yang bakal disampaikan secara langsung dari lantunan merdu penyanyi hebat ini.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +60 11 5100 3111. Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

Untuk pembeli tiket pada hari pertama jualan (12 Julai 2023), anda berpeluang untuk memenangi telefon bimbit jenama FreeYond.

Bagi pembeli tiket VIP 1 & 2 pula,mereka bakal mendapat cenderahati berupa AZ40 Premium Gift Box yang ditaja oleh Arombay, istimewa sempena konsert ini.

Raikan temujanji anda bersama Anuar Zain pada 28 Oktober 2023 jam 8.30 malam sempena Anuar Zain 40th Anniversary Concert di Malawati Indoor Stadium, Shah Alam.


-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat