Saya sedang nikmati kehidupan yang baik sekarang, kenapa nak tinggalkan ini? – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin hari ini mengunci mulut mengenai desas-desus beliau bakal menyertai Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya bekas Ketua Pemuda Umno itu menegaskan beliau sedang menikmati kehidupan yang baik sebagai pengendali ‘podcast’ dan penyampai radio.

“Saya sedang menikmati kehidupan yang baik sekarang, kenapa saya nak tinggalkan ini?” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Serbuk Minuman 3 dalam 1 Tealive, di sebuah pusat beli-belah lapor Harian Metro pada Khamis.

Baru-baru ini Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan selepas tewas dalam pemilihan PKR.

Beberapa laporan media kemudian melaporkan, Khairy yang merupakan bekas Ahli Parlimen Rembau bakal kembali sebagai menteri.

Menyentuh gesaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya mana-mana individu Melayu termasuk ahli parti lain untuk menyertai gerakan Sekretariat Orang Melayu, Khairy enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

“Saya bukan ahli Perikatan Nasional (PN) dan juga bukan ahli Umno buat masa sekarang. Seeloknya saya tak komen, kita fokus kepada pelancaran ini,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir memaklumkan satu gerakan yang dinamakan Sekretariat Orang Melayu dibentuk bagi menyatukan semua pihak yang memperjuangkan nasib orang Melayu di bawah satu payung besar.

Dr Mahathir berkata, inisiatif itu adalah satu langkah untuk mengembalikan kuasa politik dan cabaran yang dihadapi orang Melayu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat