UMS hanya dapat bekalan air konsisten selepas dapat tekanan politik? – MPP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempersoalkan tindakan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang didakwa hanya bertindak mengalirkan bekalan air apabila wujud tekanan politik, selepas berbulan-bulan pelajar berdepan gangguan bekalan yang berlarutan.

Menurut Setiausaha Kerja MPP UMS Nur Ameera Balqis Ag. Ginal, kehadiran air yang secara tiba-tiba konsisten melebihi paras 1.0 meter selepas isu itu menarik perhatian pemimpin luar Sabah disifatkan sebagai ‘keajaiban’, bukan hasil kerja teknikal JANS.

“Paras air yang selama ini merangkak perlahan-lahan, tiba-tiba sahaja konsisten melebihi 1.0 meter. Satu keajaiban yang barangkali lebih layak disebut dalam jurnal mukjizat berbanding laporan kejuruteraan

“Jika selama ini bekalan air ‘kononnya’ cukup dan sistem pam di UMS yang dipersalahkan, bagaimana pula secara tiba-tiba sistem itu mampu beroperasi setelah paras air ajaib meningkat?

“Adakah pam tersebut juga bertukar baru dalam beberapa hari tanpa pengetahuan kami semua? Atau sebenarnya pihak yang gagal adalah JANS sendiri, bukan sistem dalaman UMS?” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kumpulan pelajar itu menyifatkan keadaan tersebut bukan sekadar kegagalan teknikal tetapi mendakwa JANS tiak mempunyai keikhlasan dalam mendengar suara mereka yang sudah lama menanggung sengsara.

“Paling menjijikkan, kegagalan untuk bertanggungjawab sehingga tekanan dari luar memaksa anda untuk ‘berfungsi’. Jika tangki air itu memerlukan tekanan untuk mengalirkan air, pihak atasan pula nampaknya hanya ‘mengalirkan’ usaha apabila ada tekanan politik.

“Maka benarlah, bukan sistem air yang tersumbat. Yang tersumbat adalah integriti dan keikhlasan untuk berkhidmat,” katanya.

Dalam pada itu, mereka turut mempertikai sistem agihan air negeri yang secara terang bergantung kepada telaga tiub dan bukannya JANS.

“Dengan menggunakan teknologi yang menyedut air bawah tanah menggunakan pam, setiap telaga tiub memerlukan sekurang-kurangnya enam jam untuk mengepam semula.

“Walaupun sebanyak sembilan buah telaga tium telah dibina hasil peruntukan khas daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Pengajian Tinggi, kita tidak seharusnya meraikan pembinaan ini sebagai kemenangan,” memetik Utusan.

Katanya, pelajar UMS mahukan bekalan air yang sesuai untuk dikonsumsi iaitu menerusi air paip yang bersih, selamat dan konsisten, bukan telaga darurat untuk menutup mulut mahasiswa.

“Mahasiswa bukan lembu yang boleh didiamkan dengan kolam lumpur. Kami adalah suara rakyat yang berilmu dan kami tahu bezanya antara penyelesaian jangka pendek dan tanggungjawab hakiki,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat