Flagship Estetik AI Terbaharu Siri HONOR 200 Termasuk Versi Pro Akan Datang ke Malaysia

- Advertisement -

HONOR hari ini mengesahkan Siri HONOR 200, telefon pintar Flagship Estetik AI jenama tersebut akan datang ke Malaysia. Peranti ini menampilkan paparan yang imersif, spesifikasi canggih dan keupayaan AI tahap platform generasi akan datang yang mampu mendefinisikan semula masa depan penggambaran mudah alih.

HONOR 200 Pro Sah ke Malaysia 

Sebagai tambahan kepada barisan peranti baharu ini, HONOR juga akan memperkenalkan HONOR 200 Pro yang lebih berkuasa. Buat kali pertama, model Pro siri HONOR Number akan tersedia di Malaysia dan ini disahkan oleh Pengarah Negara HONOR Malaysia, Justin Li.

Kerjasama Dengan Studio Harcourt Untuk Kamera Potret Bertaraf Studio

Bagi mencipta telefon pintar terulung untuk fotografi potret, HONOR telah menjalinkan kolaborasi dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt untuk membangunkan HONOR AI Portrait Engine secara bersama yang membolehkan Siri HONOR 200 menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio. 

Studio Harcourt, yang mempunyai sejarah sepanjang sembilan dekad telah banyak menggambar barisan selebriti dan golongan diraja, daripada Roger Federer hinggalah kepada Permaisuri Rania dari Jordan, dan amat sinonim dengan mencipta potret abadi yang kepakaran menggabungkan cahaya dan bayang bagi menghasilkan karya agung yang memaparkan penceritaan visual yang mengagumkan.

Telefon pintar dengan Sensor Kamera Telephoto Sony IMX856 yang pertama di Malaysia

Salah satu ciri Siri HONOR 200 adalah peranti ini tampil dalam pasaran Malaysia sebagai telefon pintar pertama dilengkapi dengan Sensor Kamera Telephoto Sony IMX856. Sensor ini menjanjikan gambar objek yang jauh dengan lebih jelas dan jitu. Di samping itu, versi standard Siri HONOR 200 ini mempunyai Sensor Kamera Utama Sony IMX906 yang unik, manakala versi Pro pula dilengkapi dengan sensor H9000 yang lebih berkuasa.

Melangkaui ciri sedia ada, Siri HONOR 200 juga membawakan tiga Kamera Utama 50MP yang direka untuk tangkapan potret, yang memanfaatkan HONOR RAW Domain Algorithm dipertingkatkan bagi mencipta potret seimbang yang boleh mengendalikan pendedahan di kawasan cerah secara lebih baik, sambil mengekalkan butiran dalam senario cahaya yang lebih gelap.

Bagi mengurangkan kekaburan serta rakaman video yang lebih lancar, Sistem Anti Goyang Berkembar OIS juga dimasukkan dalam peranti ini. Ini membolehkan pengguna untuk menangkap gambar dan video berkualiti tinggi yang kelihatan seakan hasil profesional, walaupun dalam keadaan cahaya yang tidak terang. Siri HONOR 200 ini ditujukan kepada penggemar fotografi dan pengguna kasual dengan menawarkan sistem kamera berkuasa untuk pengalaman fotografi mudah alih yang lebih hebat.

Pastikan anda dapatkan berita terkini mengenai Siri HONOR 200 dengan mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR di  HYPERLINK “https://www.honor.com/my/” https://www.honor.com/my/ 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat