Sindir Pelawa Ke PAU, Tak Bantu Pulih Imej Umno- Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menempelak sindiran Presiden dan Setiausaha Agung Umno agar ahli Umno yang disingkir hadir ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 yang bermula Rabu ini sekiranya rindu akan acara itu.

Beliau sebaliknya menegaskan pelawaan seloroh itu hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran kepimpinan Umno semasa.

“Saya pasti orang ramai lebih rindu kepada Umno yang asal. Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke Perhimpunan Agung UMNO secara menyindir dan sengaja berseloroh – ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan UMNO.

“Ia tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenang hati ahli-ahli di akar umbi,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Hishammuddin membidas, yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi.

“Yang rugi ialah Umno yang terkesan dari pelawaan sinikal sedemikian,” ujarnya.

Terdahulu, Zahid yang juga Presiden Umno berkata, parti Melayu itu sentiasa membuka pintu kepada bekas ahlinya untuk menghadiri PAU walaupun bukan sebagai perwakilan.

Beliau berkata, bekas ahli Umno mungkin boleh menjadi pemerhati di luar dewan ketika perhimpunan tersebut berlangsung.

“Siapa-siapa nak datang ahli yang bukan perwakilan atau bekas ahli-ahli (UMNO) yang mahu (datang), atau kerinduan mereka terhadap perhimpunan agung ini, sila datang. (Mereka) yang dari lain-lain parti juga boleh datang.

“Kita harapkan PAU 2023 ini adalah suatu titik permulaan bagi kita untuk menyelesaikan permasalahan atau isu yang ada sekarang ini,” katany.

Sebelum itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki secara berseloroh ‘mengajak’ mereka yang dipecat daripada parti itu untuk datang memperbaharui kain samping UMNO mereka pada PAU 2023, yang dijadual pada 7 Jun hingga 10 Jun ini.

Umno sebelum ini memecat beberapa ahlinya termasuk bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Umno Bahagian Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Selain Khairy dan Noh, Umno turut menggantung keahlian beberapa pemimpin lain antaranya ialah Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan selama enam tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat